fbpx

Lebih Ramai Hilang Kerja Pada Tahun 2019 Banding Tahun 2018


Macam mana sara hidup n bayar hutang?

1. Kerajaan pada 4 Nov melaporkan bahawa 24,000 orang hilang kerja dalam 9 bulan pertama 2019, lebih ramai banding 23,000 pada 9 bulan pertama 2018 (Rujukan 1).

2. Sebelum itu pada 1 Nov, Media Prima mengesahkan bahawa mereka akan mengurangkan tenaga kerja mereka. Laporan terkini mengatakan mereka cadang nak berhentikan 1,000 pekerja! (Rujukan 2). Nov 2018 yang lalu mereka telah berhentikan 233 pekerja: 190 diberi notis 3 bulan dan 43 diberi MSS. (Rujukan 3)

3. Ada sebuah lagi syarikat besar BAT, syarikat tobacco terbesar Malaysia yang menggajikan 500 pekerja akan berhentikan 20% pekerjanye. Ini jugak berikutan berita JTI, dalam industri sama akan berhentikan 1/3 pekerjanye seramai 450 orang. 2 syarikat ni dah pernah tutup kilang2 mereka pada 2017 menyebabkan 500 orang hilang kerja. (Rujukan 4)

4. Job security dah tak wujud lagi. Pekerja yang mengharapkan keselamatan pekerjaannye meletakkan dirinye dalam bahaya. Menyedari risiko ini semakin meningkat, kjaan perkenalkan SIP: Sistem Insurans Pekerja bagi melindungi pekerja2 yang hilang pekerjaan bagi menggantikan pendapatan yang hilang dan faedah2 lain. (Rujukan 5 & 6)

5. Bayangkan bila kita nak beli rumah nak kena ambil pembiayaan dengan bank ikat selama 30. Ini bermaksud kita kena bayar bank setiap bulan selama 360 bulan. Ada yang tak bersedia untuk membayar selama ini. Kenapa nak kena tarik lama sangat? Kerana harga rumah mahal so kalau tempoh pembayaran tu pendek, bayaran bulan2 jadi mahal.

6. Bila beli rumah ni kena ada holding power atau kuasa bela hartanah. Ingat ye, nak beli senang, nak bela susah. Kita nak kena ada holding power dalam 3 keadaan: masa ada sumber pendapatan dan masa takde pendapatan. Keadaan kedua: dalam keadaan sihat dan keadaan sakit. Dan ketiga semasa hidup dan selepas mati. Apa2 jadi kat kita, kita tetap kena bayar komitmen bank kita.

7. Dalam kes mereka yang hilang kerja, adakah bil2 bulanan mereka, beban belanja sara hidup harian, hutang-hutang mereka itu akan secara ajaib hilang? Terutamanye hutang-hutang kita dengan bank, tetap perlu dibayar. Ini adalah hakikat hidup yang semua perlu terima.

8. Apakah akan jadi pada hutang rumah kita? Bila hilang kerja, takde gaji. Bila takde gaji, tak boleh bayar bank. Bila tak boleh bayar bank, rumah kena lelong.

9. Adakah kes syarikat buang pekerja ni akan berhenti? Adakah ia akan berlaku lagi? Apa yang kita boleh buat? Bila kita sedar bahaya ini boleh berlaku, kita boleh buat 2 persediaan. Pertamanye: sediakan lebih daripada 1 sumber pendapatan. Keduanye: berhati dalam berbelanja dan berhutang.

10. Mari kita sama2 doakan keselamatan insan-insan yang telah ditimpa musibbah kehilangan pekerjaan. Semoga Allah melindungi mereka dan memberi jalan keluar bagi mereka teruskan kehidupan dan kesejahteraan anak-anak dan keluarga.

11. Semoga kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada musibbah ini. Semoga musibbah yang melanda orang lain ini menjadi peringatan buat kita supaya tidak lalai dan sentiasa bersiap sedia daripada segi kewangan dan perancangan pembelian rumah jangka masa panjang.

Nov 6,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan
1. The Edge Markets 4 Nov 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/more-private-sector-layoff…
2. The Edge Markets 6 Nov 2019
http://www.theedgemarkets.com/…/media-prima-reaches-out-wor…
3. The Edge Markets 4 Nov 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/media-prima-dips-282-staff…
4. The Edge Markets 4 Nov 2019
http://www.theedgemarkets.com/ar…/bat-msia-cut-20-workforce…
5. Perkeso
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/theme/profil-perkeso
6. Perkeso
https://www.perkeso.gov.my/…/faedah-faed…/jenis-jenis-faedah

Gambar:
My Kids Site
https://www.mykidsite.com/cute-sad-baby/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp