USAHAWAN YANG MAHU 10X GANDAKAN KEKAYAAN DENGAN PELABURAN HARTANAH!
3 KUNCI AJAIB ANDA PERLU TAHU DALAM “FORMULA EMPAYAR USAHAWAN” KALI INI SUPAYA DAPAT BINA EMPAYAR BISNES DAN BINA EMPAYAR HARTANAH!
ORDER TIKET SEKARANG SEBELUM OFFER TAMAT
AMARAN! Formula Empayar Usahawan (FEU) ni khas untuk mereka yang berniaga. Bukan untuk usahawan yang sales bawah RM10,000 sebulan.. Bukan untuk yang bisnes kurang 1 tahun.. dan bukan untuk bisnes yang dah bina empayar hartanah bernilai jutaan ringgit!!
DAN JANGAN BERLENGAH LAGI?”
Orang berniaga memerlukan formula yang berbeza berbanding orang makan gaji. FEU bakal membongkarkan FORMULA [E] yang terbukti berkesan khas buat orang berniaga. FORMULA [E] ini akan memberikan 3 kunci ajaib yang bakal membantu orang berniaga membina empayar bisnes dan empayar hartanah.
TONTON VIDEO 3 KUNCI AJAIB”
Semua masalah-masalah dan halangan-halangan di atas adalah yg sama dengan apa yang saya hadapi 16 tahun lepas semasa bermula beli hartanah pada tahun 2003. Saya membeli hartanah pertama, service apartment di Cheras Business Centre, Cheras semasa berumur 24 tahun. Masa tu langsung tak ada ilmu hartanah dan ilmu kewangan. Main redah je.
Masa tu saya beli hartanah pertama dengan profile peribadi dengan pendapatan melalui salah satu syarikat Sdn Bhd. Permohonan kat bank pertama kena reject. Masa tu awal tahun 2003, masa saya masih berumur 23 tahun. Terasa sangat hina. Apa lah salah saya..loan tak lulus. Hina sangat ke saya. Masa tu gaji tak sampai RM2,000 nak beli apartmen harga lebih kurang RM100,000.
Ini pun setelah 4 tahun mula berniaga sejak tahun 1999. Saya dah mula berniaga nasi campur dengan mak sejak di university lagi. Masa tu ambil IT kat Bangi dan kedai makan kat Puchong. Mujur selepas tu, bila disusun dokumen dan kewangan dengan lebih kemas, hujung tahun 2003 tu, loan lulus jugak. Rasa macam nak kenduri kesyukuran time tu!
Lepas tu saya ada impian nak beli shoplot untuk bisnes. Tapi memang loan tak lepas. Bisnes dah makin maju tapi masih tak mampu nak beli shoplot. Masa tu, lebih kurang tahun 2005-2007, harga shoplot 3 tingkat kat Cheras pun baru RM600,000 ke RM700,000. Bayangkan masa itu pun tak mampu nak beli.
So sebelum mampu nak beli shoplot, saya beli beberapa apartment untuk tujuan sewa. Macam-macam masalah saya temui. Masa tu tak dapat belajar daripada siapa-siapa. Banyak masalah penyewa yang saya hadapi. Penyewa tak bayar sewa. Penyewa rosakkan rumah. Penyewa foreigner yang buat masalah. Itu yang ada penyewa. Ada jugak rumah yang langsung tak dapat penyewa kerana ada beli unit apartment yang tak bagus lokasi dan kedudukannya.
Lepas tu ada beli lagi hartanah jenis kediaman dan komersil yang tak meningkat nilai dan kadar sewa yang tak bagus.
Tapi semua pahit perit peringkat awal tu rupa-rupanya pengajaran yang tak ternilai. Memaksa saya mencari ilmu. Jumpa la beberapa orang sifu hartanah berbangsa Cina. Macam mana masa tu sifu-sifu hartanah berbangsa Cina kata hartanah ni bagus. Nampaknya saya memang tak boleh main cuba-cuba dalam game hartanah ni. Sangat bahaya.
Masa itu saya buat keputusan untuk menuntut ilmu dengan sifu-sifu hartanah yang kebanyakan daripada mereka berbangsa Cina. So saya mula aktif dengan investor group mereka dan banyak kutip ilmu hartanah yang power-power. So masa tu dah ada keyakinan dalam game hartanah dan mula membeli dengan strategi dan taktik yang lebih hebat.
“TAPI.. rupa-rupanya dalam game hartanah ni
kalau setakat baru 5-6 tahun, belum boleh nak berlagak pandai. Saya ditimpa kecelakaan dalam hartanah!”
Oleh kerana satu kesalahan bodoh, saya telah rugi RM60,000 dalam satu transaksi hartanah. Masa tu saya tak jaga timeline masa dan diwakili seorang peguam yang baru dan masih lemah dalam Kung Fu hartanahnya. Pendekkan ceritanya, penjual apartment tu burn kan duit deposit 2 unit apartmentnya dan terbatal la pembelian itu. Masa tu saya masih teringat bagaimana saya menangis kat carpark sebuah shopping mall semasa merayu dengan penjual itu. Tapi apa kan daya, menangis tu tak ada apa-apa makna pun. Saya terpaksa belajar bahawa game hartanah ni brutal kalau tak betul-betul hormati tertib dana dan perjanjian-perjanjian penting.
“… daripada pengalaman-pengalaman inilah
yang saya kuatkan ilmu saya dan lengkapkan Jemaah saya dengan penasihat-penasihat yang terhandal dalam market!
Dan akhirnya saya temui apa yang saya namakan: FORMULA [E]!”
So formula ni saya apply kat diri sendiri dan dapat bina empayar hartanah di samping membina empayar bisnes.
Kini saya dapat gunakan hartanah bukan sahaja sebagai strategi pelaburan tetapi menggunakan hartanah sebagai strategi perniagaan. Bila hartanah yg betul dibeli untuk tujuan dan masa yang sesuai, hartanah itu dapat menjadi penyelamat kepada bisnes kita.
Sebagai contoh, hartanah dah selamatkan bisnes saya ketika ‘kemarau’ aliran tunai. Kemarau ni bermaksud bila dah takde tabung nak pecahkan, dah hampir-hampir terpaksa meminjam dengan along. Mujur ada telaga duit yang dicipta daripada hartanah-hartanah. Mujur ada hartanah yang boleh dijual ketika dalam keadaan kesempitan duit dan bisnes memerlukannya untuk bayar gaji bulanan, dan ketika bisnes nak expand. Masa tu bank tak bagi bisnes loan tapi dapat cara lain.
Sekarang, lebih strategik bila nak menyusun langkah untuk bina empayar hartanah yang terus menjana pendapatan sewa yang kuat dan pada masa yang sama terus meingkat nilai.
Bila dah semakin berpengalaman menguruskan penyewa, saya temui Teknik-teknik mudah untuk mewujudkan sistem untuk menguruskan penyewa dengan lebih sistematik. Sistem fail dan SOP kerja dan tugas team dah ada. Jadi nak bela hartanah tak jadi masalah.
Kini saya mengajar FORMULA [E] ni kepada lebih ramai usahawan. Usahawan-usahawan sibuk lah yang paling sesuai nak labur dalam hartanah berbanding pelaburan-pelaburan lain dalam pasaran sekarang. Hartanah lebih steady banding asset class yang lain.
Ramai usahawan dah menggunakan FORMULA [E] yang saya temui melalui pengalaman dan pembelajaran sendiri dan melalui mentor-mentor.
Paling terkesanpada saya selepas belajar dengan Tuan Ahyat adalah tentang Masterplan. Selama ni tak ada plan langsung tentang hartanah. Saya tak tahu cara beli hartanah dengan betul, selamat & bertanggungjawab. Selepas berbincang bersama isteri, mengambil kira kemampuan kami berdua sebagai pasangan suami isteri.. Alhamdulillah, kini saya sudah memiliki 3 buah rumah dan salah satunya memberikan pulangan / rental yield sebanyak 21% kepada saya. Sekarang, saya sudah mula agresif dalam pelaburan hartanah di dalam COG (Centre of Gravity), jadi saya tidak melabur dalam sebarang hartanah dan memastikan saya hanya memilih hartanah yang betul-betul akan memberikan pulangan sahaja.
Saya masih lagi dalam proses menuntut ilmu hartanah bersama sifu-sifu yang lain dan tak akan pernah berhenti.
Alhamdulillah Syukur, hanya Allah yang boleh balas jasa Tuan Ahyat. Saya bukan orang yang berani untuk ambil keputusan dalam hartanah, walaupun pernah belajar dengan ramai sifu hartanah yang lain. Matematik hartanah yang saya belajar bersama Tuan Ahyat, banyak membantu saya buat keputusan dan ambil tindakan dalam hartanah.
Tuan Ahyat juga telah membuka minda saya dalam booster2 hartanah. Selalunya saya banyak mendengar orang cakap, tetapi selepas belajar dengan Tuan Ahyat, saya start buat betul-betul survey sendiri dan percaya dengan maklumat yang dicari menggunakan tools dan list yang Tuan Ahyat ajar. Banyak sangat perbezaan. Dalam hartanah jangan dengar cakap orang, percaya pada matamatik hartanah. Perkataan ini sentiasa ada dalam kepala saya. Ini ayat keramat Tuan Ahyat yan saya lekatkan dalam kepala sehingga sekarang.
Selepas belajar, baru saya sedar saya telah book hartanah yang salah. Nasib saya baik, saya sempat cancel booking. Selepas itu, Alhamdulillah saya beli 5 hartanah atas nama saya dan adik-adik pada 2017. 4 hartanah pada tahun 2018 dan sekarang saya dah tambah sehingga 15 hartanah (6 masih belum dapat kunci- 2019 submitted). Ada subsales ada undercon, 90% subsales.
Saya sangat-sangat berharap Tuan Ahyat dapat permudahkan lagi ramai orang kita untuk ada kesempatan dapat ilmu hartanah. Mungkin online class atau dalam bentuk video. Saya sangat berharap juga jika boleh membantu Tuan Ahyat kerana perjuangan Tuan Ahyat sangat-sangat saya hargai. Moga Tuan Ahyat teruskan buat kelas dan lebih ramai orang Melayu dapat belajar dan beli hartanah dengan bijak.
Ahyat kenalkan saya dengan circle yang betul supaya tak buat kesilapan dalam kewangan, contohnya mortgage consultant,pakar insurance & hibah serta kenal kawan dari pelbagai bidang tapi ada objektif yang sama dengan saya dalam pelaburan hartanah.
Saya kini dalam proses untukmembeli rumah pertama dgn harga di bawah market value dan duplicate strategi untuk hartanah yang kedua dan seterusnya.
Alhamdulillah, saya sudah berjaya melabur dalam 2 unit hartanah dan saya berharap, Tuan Ahyat akan terus membantu usahawan-usahawan untuk lebih sedar kepentingan pelaburan hartanah dalam perniagaan mereka dan boost lagi ilmu-ilmu baru kerana kepakaran beliau tidak dinafikan, memang memberikan impak yang positif kepada ramai orang.
3 KUNCI AJAIB Yang bakal saya bongkarkan dalam FEU Yang pertama diadakan dalam sejarah
berdasarkan pengalaman sendiri dan daripada Research dan Analisa.
Teknik dan strategi terbaik daripada mahaguru-mahaguru hartanah
yang dah 30 hingga 40 tahun dalam dunia hartanah.
Tapi terus terang ianya bukan untuk semua orang! Ianya HANYA untuk usahawan atau apa yang saya kategorikan sebagai orang yang berniaga. Maybe dia ada kerja tetap dan ada buat bisnes untuk duit tepi. Maybe dia memang berniaga sepenuh masa. Maybe dia ada enterprise ataupun ada Sdn Bhd.
Program ni bukan untuk sebarang usahawan juga tau. Saya nak tunjukkan Teknik-teknik ni kepada usahawan-usahawan yang dah ready je. Usahawan-usahawan ni mesti ada kekuatan jualan bulanan lebih RM10,000 sebulan dan juga sudah lebih 1 tahun.
Strategi-strategi yang Ahyat share nanti akan buat ramai usahawan terkejut kerana tak sangka begitu mudah difaham dan mudah dibuat nanti.
Saya seorang usahawan dan seorang pelabur hartanah sepenuh masa. Saya mulakan perniagaan pertama saya sejak tahun 1999 semasa dalam universiti dan beli hartanah saya yg pertama pada tahun 2003.
Kini, saya memiliki lebih 10 syarikat dan secara keseluruhan membeli lebih 60 hartanah. Saya ada pengalaman beli hartanah under-con, subsale dan lelong dari pelbagai kategori hartanah jenis rumah, komersil dan retail. Saya membeli semua hartanah ini dengan menggunakan Teknik 5 Naga iaitu menggunakan nama individu dan syarikat.
Saya sering diundang memberi ceramah tentang hartanah di dalam dan luar negara. Saya juga sering diundang utk menyumbang artikel di suratkhabar, majalah dan media online. Juga biasa ke udara di radio dan TV utk berkongsi ilmu keusahawanan dan hartanah.
Saya tidak menjual hartanah. Saya bukan seorang ejen hartanah. Namun saya amat sanjung ejen hartanah kerana banyak bantu saya dalam perjalanan sebagai pelabur hartanah.
Saya adalah seorang pengembara hartanah. Saya sudah menganjurkan Kembara Hartanah saya di dalam dan luar negara. Kembara ini telah membawa ke lebih 10 negara di Eropah, Australia dan Asia.
Selepas 8 tahun melabur hartanah, saya mula mendidik masyarakat tentang ilmu hartanah pada tahun 2011, mulanya dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2013, saya banyak memberi pengkhususan kepada penyampaian ilmu hartanah dalam bahasa Melayu supaya ilmu ini dapat sampai terus kepada orang kita yg sangat dahagakan dan sangat memerlukan ilmu ini.
Kini, saya mendidik usahawan dan bakal usahawan cara melabur hartanah dgn bijak dan selamat melalui program2 dan produk2 cetak n digital saya. Program2 saya ada dianjurkan setiap bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan, seperti Mega Pejuang Hartanah, Gempur Hartanah, Kembara Hartanah, Group Coaching dan banyak lagi.
Impian saya untuk melihat orang kita dapat menjadi pemilik hartanah di tanahair sendiri. Itu sebabnya saya mengasaskan komuniti Pejuang Hartanah, yang memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu. Saya juga mengimpikan penubuhan Pejuang Hartanah Academy yang memberikan pendidikan hartanah dan keusahawanan secara mampu kepada golongan berpendapatan rendah dan OKU. Semoga kita dapat sama2 berjuang dan menjadikan impian ini satu realiti!
SELAMAT BERJUANG!