Ahyat merupakan pengasas dan master trainer untuk komuniti Pejuang Hartanah yang telah diasaskan sejak tahu 2013.
Beliau telah mula melabur hartanah pertama 19 tahun dahulu pada tahun 2003 dan mula mendidik masyarakat tentang pelaburan hartanah sejak tahun 2012. Dalam 10 tahun itu seramai lebih 20,000 orang rakyat Malaysia telah mengikuti program- program hartanah Ahyat Ishak.
Kepakaran Ahyat ialah membantu individu dan usahawan membeli hartanah pertama untuk tujuan duduk sendiri atau pelaburan dan membantu mereka mulakan Langkah untuk bina empayar hartanah yang menakjubkan.
Semua modul dalam program-program Pejuang Hartanah adalah berlandaskan formula yang beliau sendiri telah gunakan dalam membeli hartanah bernilai berpuluh juta dan membantu peserta-peserta program membeli hartanah yang mampu mencecah lebih seratus juta secara keseluruhan.
Ahyat Ishak juga telah mengasaskan program Kembara Hartanah di mana beliau telah mengembara ke seluruh dunia untuk belajar tentang ilmu pelaburan hartanah.
Kisah Kisah jatuh bangun Ahyat Ishak telah dikongsikan dalam pelbagai platform media seperti TV Alhijrah, TV3, RTM, Bernama TV, Capital TV. Pendapat dan komentar beliau tentang industi hartanah juga di rakam dalam media seperti Focus Malaysia, The Star, NST, Berita Harian, Utusan Malaysia, dan banyak lagi.
Ahyat Ishak merupakan pendidik hartanah yang mempunyai segmen tetap berjudul Jihad Hartanah dalam program PSF di TV AlHijrah selama 6 musim, program House Hunt di Capital TV dan program Istana Impian Bersama pelakon Azhar Sulaiman sebagai hos di RTM. Ahyat Ishak juga menjadi hos Bersama Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam program Minda Syariah di TV AlHijrah.
Ahyat Ishak adalah penerima pelbagai anugerah antaranya Malaysia Top 40 under 40 pada tahun 2013, 100 Most Influential Young Entrepreneur atau MIYE2018 dan Anugerah Industri Hartanah Niagatimes 2019.
Dari sudut Pendidikan, Ahyat mempunyai ijazah IT: Information Technology dari UNITEN dan MBA in Strategic Marketing dari USQ: University of Southern Queensland Australia.
Sekiranya Ahyat tidak berada dalam sesi pengajaran dalam program-program Pejuang Hartanah dan dalam media, Ahyat seorang usahawan yang memiliki beberapa syarikat menjalankan perniagaan dalam bidang servis, trading, teknologi, pertanian, training dan lain-lain.
Ahyat telah dilantik sebagai penasihat hartanah oleh beberapa syraikat berhad yang sedang dalam proses disenarai di bursa saham. Ahyat juga adalah seorang UM: Unit Manager di Great Eastern Takaful Berhad bernaung di bawah ejensi IYCSB sejak 2017 dan dikategorikan sebagai Mega Leaders untuk 3 tahun berturut.
Beliau penulis buku TSPI: The Strategic Property Investor pada tahun 2013 yang menjadi bestseller, dan juga buku Pejuang Hartanah: 40 Pesanan Buat Pelabur Baru yang juga merupakan buku hartanah pertama yang telah dijadikan audiobook di Malaysia.
Ahyat Ishak telah menjadi orang pertama yang menganjurkan program-program hartanah berskala mega iaitu MPH: Mega Pejuang Hartanah pertama kalinya pada tahun 2016.
Beliau juga telah menganjurkan program beliau sendiri dan dijemput sebagai trainer di dalam dan luar Malaysia.
Ahyat Ishak merupakan CPT: Certified Professional Trainer daripada IPMA, UK dan juga adalah seorang jurulatih bertauliah di bawah PSMB Malaysia. Ahyat pernah dilantik sebagai konsultan dan penceramah oleh hampir 60 pemaju terbesar di Malaysia.
Beliau juga pernah memberi ceramah hartanah di ekspo-ekspo terbesar di Malaysia dan luar Malaysia.
Ahyat juga mendapat jemputan daripada ajensi-ajensi kerajaan seperti BNM: Bank Negara Malaysia, Istana Negara, PNB, Khazanah Nasional, dan lain-lain.
Ahyat juga gemar memberi ceramah hartanah, kewangan dan motivasi kepada pelajar university UITM, Taylors dan banyak lagi.
Kini Ahyat giat menganjurkan program-program hartanah dan bisnes secara online.
Impian beliau adalah agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia mengecapi impian hidup mereka dengan pelaburan hartanah yang bijak, selamat dan bertanggungjawab.