10 Lokasi Paling Top Di Malaysia

[ RADAR HARTANAH ]

 

JOHOR MASIH JADI LOKASI PALING TOP DI MALAYSIA.. TAPI RUMAH JENIS APA DAN HARGA BERAPA YG TOP TU?

Team #radarhartanah melawat kembali data makro hartanah jenis kediaman utk skop seluruh Malaysia. Berikut hasil analisa:

1. Negeri Johor tetap mengungguli carta top 10 lokasi paling banyak transaksi di seluruh Malaysia. Dalam top 10 tu, 7 adalah lokasi di Johor! 2 lokasi dari Selangor dan 1 dari Kedah.

2. Adakah Top 10 lokasi ini dianggap lokasi2 paling hot di Malaysia. Ahyat mengambil kira kayu ukur transaksi sebagai faktor utk senarai Top 10 ni. Kalau lokasi2 ni yg paling ramai orang beli, apa maksudnye? Komen sikit ye.

3. Hartanah jenis apa yg top? Didapati hartanah jenis landed menjadi pilihan utk lokasi Top 10 ni. Ini telah Ahyat sebut dalam posting 20 Ramalan Hartanah utk tahun 2020 baru2 ni.

4. Yang menariknye, kesemua lokasi Top 10 tu adalah freehold. 1 pun takde leasehold. Ini masih kekal konsisten dgn survey2 kami sebelum ni yg mendapati rakyat Msia masih mencari rumah bertanah jenis teres yg freehold.

5. Harga Median atau Harga Tengah utk top 10 kat Msia ni rm300k. Ini menunjukkan daya kewangan rata2 rakyat Malaysia. Kalau bayaran bulanan utk rumah macam ni lebih kurang rm1200 ke rm1500.

6. Dan kalau jumlah itu merupakan 1/3 pendapatan bulanan, bermaksud individu itu atau isi rumah itu berpendapatan rm3600 ke rm4500. Ini jugak konsisten dgn pendapatan median rakyat Malaysia.

7. Dalam hampir 70,000 transaksi yg berlaku utk hartanah jenis kediaman di Malaysia selama setahun drpd tempoh Dis 2018 sampai Nov 2019, berikut adalah Top 10 nye

#1 Taman Bukit Indah, Johor
Harga Median: rm600k
Bilangan transaksi: 307

 


#2 Taman Kota Masai, Johor
Harga Median: rm272k
Bilangan transaksi: 219

 

#3 Taman Scientex Johor, Pasir Gudang
Harga Median: rm328k
Bilangan transaksi: 213

 

#4 Bukit Sentosa, Serendah Selangor
Harga Median: rm209k
Bilangan transaksi: 182

 

 


#5 Taman Johor Jaya, Johor Bahru
Harga median: rm370k
Bilangan transaksi: 180

 

 


#6 Bandar Putra, Kulai Johor
Harga Median: rm365k
Bilangan transaksi: 170

 

 


#7 Taman Sentosa, Klang Selangor
Harga median: rm330k
Bilangan transaksi: 157

 

 


#8 Taman Universiti, Skudai Johor
Harga median: rm340k
Bilangan transaksi: 152

 


#9 Taman Setia Indah, Tebrau Johor
Harga Median: rm522,500
Bilangan transaksi: 150

 


#10 Taman Permai Utama, Gurun Kedah
Harga Median: rm318k
Bilangan transaksi: 148

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

 

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: