fbpx

KENAPA KITA KENA BUAT CARIAN TANAH?

KENAPA KITA KENA BUAT CARIAN TANAH?

1. Apabila kita nak beli rumah, kita bergantung kepada dokumen (biasanya Perjanjian Jualbeli asal semasa Penjual membeli, dan salinan geran).

2. Untuk bukti yang lebih utuh bahawa rumah itu memang milik dia, peguam pembeli akan lakukan carian tanah di pejabat tanah.

3. Semua butir2 yang ditunjuk oleh Penjual atau wakil Penjual melalui salinan gerannya (atau boleh jadi mereka akan tunjuk geran asal jika tiada hutang), akan “dicerminkan” di dalam cetakan carian tanah.

4. Dari carian, kita dengan mudah boleh tahu 6 perkara utama yang perlu kita tahu :

🏠 Siapa Pemilik

🏠Ada Kaveat atau tidak

🏠 Bebanan( dicagarkan pada bank atau tidak)

🏠Sekatan Kepentingan (yang selalu orang sebut ada “consent” ke tak. yang ada tulis “ tidak dibenarkan pindahmilik tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri”)

🏠Pegangan – Freehold(selama lamanya) atau Leasehold (pajakan). Jika Pajakan, berapa tahun tempoh pajakan dan berapa baki tempoh pajakan. Ada yang berbaki 90 tahun dan ada yang berbaki 20-30 tahun.

🏠Jenis kegunaan tanah. Bangunan? Pertanian?

5. Tanpa carian, Peguam tak sepatutnya mulakan deraf Perjanjian Juakbeli.

6. Implikasi memasukkan butir2 hartanah yang silap adalah BESAR. Ia juga boleh menyebabkan LOAN tidak dikeluarkan oleh pihak Bank Pembeli, hingga semua butir2 dibetulkan. Ini boleh sebabkan kelewatan urusan dan Pembeli kena bayar denda lewat.

7. Adakah maklumat carian ini muktamad? Ya pada ketika carian itu dibuat. Perlu dibuat semula sebelum dokumen pindahmilik dan gadaian diserah untuk didaftarkan. Tempoh antara sign S&P dan duit nak keluar ada lebih kurang 3-6 bulan. Macam2 boleh berlaku dalam tempoh itu. Dikhuatiri ada pihak ketiga menuntut hak dan memasukkan kaveat pula.

NAZRI MUSTAFA

p/s Tiada bentuk carian yang wujud ke atas orang. Kalau tak, boleh juga buat carian ke atas bakal jodoh sebelum majlis pernikahan😅

Jom belajar hartanah dengan Ahyat! https://pejuanghartanah.com/mph2021merdeka/?ls=2791

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp