fbpx

3 Nasihat Untuk Yang Nak Berniaga

Petang tadi Ahyat dijemput jadi panel dalam forum usahawan di Quill Mall. Program ni sempena pelancaran buku ETC: Entrepreneur Treasure Chest oleh sifu saya KC See. Beliau dah berniaga sejak umur 19 tahun so pengalaman 45 tahun berniaga. Dalam sesi forum tu dapatlah Ahyat berkongsi sedikit pengalaman berniaga 20 tahun sejak dari universiti pada tahun 1999 dulu.

1. Mulakan dengan perjuangan:Big Why

Selalunye ramai nak berniaga kerana nak untung. Itu bukan satu sebab yang bagus. Setiap usahawan itu mesti mahu capai sesuatu yang luarbiasa. Kalau tak nak merubah dunia untuk kebaikan itu tak cukup. Setakat perjuangan untuk wang ringgit tak cukup.

2. Fokus nak beri manfaat


Setiap usahawan tu mesti berjuang untuk beri manfaat kepada satu satu tribe. Kita tak nak berniaga dengan semua orang. Kita nak benar benar nak tambah nilai tribe tersebut. Bila kita beri manfaat, duit tu datang secara semulajadi.

3. Bersedia untuk 10X

Bila nak berniaga tu jangan harap nak lemah lemau santai santai je. Orang berniaga ni dah takde waktu pejabat dah. Cuti dah takde makna. Dulu makan gaji pikir pasal diri sendiri je. Sekarang nak kena fikirkan gaji orang lain. Belum nak cerita pesaing. Mereka pun nak win jugak. So segala2nye kena 10x. Maksudnye nak kena 10 kali ganda. Semangat, usaha, tindakan, doa, berfikir. Semua kena 10x.

Banyak lagi yang dikongsikan dalam program usahawan tadi yang dianjurkan oleh Quest. Inshaa Allah Ahyat akan sharekan sharing keusahawanan dari masa kesemasa. Ada ke sahabat sahabat Ahyat yg berniaga? Apa nasihat anda untuk sahabat sahabat yang bercadang nak mulakan perniagaan?

 

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp