3 Pengajaran Kes Bankrap Hartanah Wajib Korang Tahu!

3 PENGAJARAN KES BANKRAP HARTANAH.

Dan kenapa Ahyat tak setuju kenapa orang boleh jadi bankrap kerana hartanah!

Baru2 ni Ahyat telah ditemuramah oleh RTM mengenai isu anak muda bankrap. Mereka tanya apa pendapat Ahyat tentang isu ni. So ini sedikit rumusannye.

1. Secara prinsipnye, Ahyat beranggapan takde sesiapa yg sepatutnye jadi bankrap kerana hartanah. Sebab utama ialah kerana hutang beli rumah ini adalah satu hutang yg ada jaminannye: iaitu hartanah itu sendiri. Tapi tak semestinye hartanah itu dapat cover balik hutang tu.

2. Berbanding dgn hutang kereta, dan terutamanye hutang2 gaya hidup seperti kad kredit dan personal loan yg dianggap sebagai non-secured loan.. kita boleh faham bila ada yg dah berhutang lebih rm50k, dan takde cara lain utk institusi kewangan tu nak tebus balik duit mereka. So jatuhlah bankrap si peminjam tu.

3. Kalau hutangnye pembiayaan beli rumah sepatutnye boleh lah jual rumah tu dan setelkan hutang asal kan? Itulah yg kita fikirkan. Problemnye kat sini. Biar Ahyat explain dgn contoh yg mudah ye.

Kronologi kes bankrap kerana hartanah

#Pertama: Katakan Razak beli rumah. Dia takde cash. So dia mohon pembiayaan rumah kat bank. Bank luluskan. So Razak bayarlah komitmen bulanan.

#Kedua: Pada satu ketika, Razak ada masalah nak bayar bulan2 tu. Bisnes dia tak berapa kencang lagi. So dia dah 4-5 bulan dah tak bayar pembiayaan bank utk rumah dia tu.

#Ketiga: Pada ketika ini, macam2 dah berlaku. Bank pun dah cuba hubungi dia. Dan kerana dia tak tak jawab dan terus tak bayar, bank teruskan lelong.

#Keempat: So bila rumah tu dilelong, pembida yg menang tu menang kat harga yg kurang daripada baki hutang Razak kita ni. So ada rm50k lagi yg Razak kena bayarkan kepada bank.

#Kelima: Kerana Razak dah dalam masalah kewangan yg terlalu teruk, Razak tak dapat nak setelkan rm50k tu dan akhirnye dia diisytihar sebagai bankrap!

4. So kisah ni dipermudahkan. Setiap bank ada proses dan tempoh yg berbeza2 utk sampai ke tahap isytihar bankrap ni. Tapi drpd contoh ringkas ni Ahyat nak sahabat2 semua faham bahawa sebenarnye ada 3 perkara paling penting yg kita perlu pelajari di sini ya.

PENGAJARAN #1: PILIH UTK BINCANG

Bila dah ada masalah bayaran, pilih utk berikan kerjasama dengan pihak bank. Temui banker di cawangan sama kita buat pembiayaan tu. Dan explain elok2. Semua masalah boleh dibincangkan dan boleh setel. Kita ada pilihan utk restructure pembiayaan asal kita. Memang dalam rekod kita akan nampak bahawa kita ada buat restructuring dan di mata bank lain tak berapa bagus, tapi atleast kita boleh selamatkan keadaan kita tu drpd jadi lebih teruk.

PENGAJARAN #2: PILIH YG BAGUS

Bila rumah ni masuk lelong, sepatutnye boleh dijual kepada pembida yg beli pada harga yg cukup utk setelkan baki pembiayaan kita kat bank. Malangnye, kalau kita dah terbeli produk yg tak betul, di lokasi yg tak betul, pada harga yg tak betul, bila masuk lelong nanti pun takde yg minat. Apa yg Ahyat dapati, banyak hartanah2 yg baru2 ni yg ada banyak cashback dan rebates yg berlebihan masa beli dgn pemaju, bila masuk lelong, harga pembida yg menang tu nanti tak boleh nak setelkan masalah kita. Aduhs!

PENGAJARAN #3: PILIH UTK FIKIR

Bila beli rumah ni, kena panjang sikit berfikirnye. Kenapa? Kerana tempoh pembayaran balik pembiayaan rumah ni tempoh nye panjang! Lagi panjang tempoh bayaran balik, lagi panjang sepatutnye kita kena berfikir. Maksudnye kena kira2, analisa, research etc. Ramai yg buat keputusan beli rumah yg tempoh bayarannye sehingga 30 tahun, berdasarkan income business yg tak boleh nak forecast lebih drpd 3 tahun pun. Ada je cara utk jaga risiko ni tapi kena plan elok2.

Begitulah kisahnye jawapan Ahyat kepada soalan wartawan RTM hari tu. Ahyat doakan agar Allah memelihara kita dalam keadaan keselamatan kewangan dan elakkan musibbah bankrap. Semoga Allah berikan kita hidayah dan petunjuk utk sentiasa buat keputusan2 kewangan yg baik utk diri kita n family.

SELAMAT BERJUANG!

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: