Hari ni Ahyat share ilmu tentang hartanah jenis commercial di Ecotropics Kota Masai. Semalam sharing ilmu untuk pembeli rumah pertama di Myrumah Komtar JBCC. Hari ni ilmu lebih advance tentang hartanah commercial.
1. LEVEL UP
Investor yang melabur dalam hartanah komersil ni dianggap naik satu makam di atas invest hartanah jenis kediaman. Namun, tidak bermaksud lebih menguntungkan. Malah lebih banyak analisa yang perlu dibuat.
2. PENYEWA BUAT RENO
Penyewa hartanah komersil akan bayar untuk renovation sendiri. Berbanding dengan penyewa rumah, kita sebagai pemilik rumah yg kena buatkan renovation tu.
3. PENYEWA SEWA LAMA
Selalunye penyewa akan sewa untuk tempoh yang lebih lama daripada penyewa rumah. Boleh jadi sewa 3 tahun + 2 tahun. So takde la susah usaha nak asyik asyik mencari penyewa. Cumanye kalau kita dapat penyewa bagus takpe lagi. Kalau dapat penyewa horror, susah la pulak kan?
4. MOF LEBIH TINGGI
Kalau beli rumah ni ada had dari segi MOF: Margin Of Finance. Kalau rumah ketiga dah jadi 70% je yang dapat pembiayaan. Kalau hartanah komersil tak kira lah berapa banyak pun beli tapi MOF kekal 85%.
5. PEMBIAYAAN KREATIF
Bank suka hartanah jenis komersil macam shoplot ni. So boleh dijadikan colateral untuk macam macam jenis pembiayaan. Nak buat cashline, nak buat bank guarantee. Rumah pun boleh jugak tapi preferred macam shoplot.
CABARAN UTAMA
Dalam banyak cabaran hartanah komersil ialah penyewanye. Kalau rumah, penyewa kita ialah orang. Kalau shoplot atau hartanah jenis komersil ialah syarikat. Maksudnye perniagaan. Salam keadaan ekonomi yang tak begitu memberangsangkan, penyewa syarikat ni banyak cabaran bisnes. Bila bisnes diorang bermasalah, sewa pun jadi masalah jugak!
Begitulah antara sharing Ahyat tadi. Ahyat doakan agar kita dapat beli hartanah jenis komersil kerana orang kita memang kurang sangat pemilikan dalam hartanah jenis ini.
Ogos 18,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!