fbpx

7 Sebab Ahyat Tak Benarkan Student Beli Hartanah

Hari ni kami berkampung 1 hari untuk PPK: Program Persiapan Kombat. Program ni group coaching untuk susun kewangan supaya bersedia nak beli hartanah. Bulan Sept ni saje kami ada 3 kali kelas.

Satu modul wajib dalam program ni ialah untuk kenalpasti kedudukan kewangan mereka sekarang. Untuk tahu titik mula, sebelum nak menuju destinasi kewangan atau impian kita. So ini 3 keadaan yang Ahyat tak benarkan students Ahyat beli hartanah.

1. Tak pernah tahu expenses

Manu mungkin Ahyat benarkan students yang tak pernah tahu apa perbelanjaan bulanan. Macam mana nak tahu kedudukan kewangan sekarang sebelum nak beli rumah! Oh no!

2. Tak tahu nak uruskan kereta

Kereta ni ada banyak kos. Bukan kos masa nak beli je. Ada kos nak maintain. 7 dalam 10 rakyat Malaysia yang berkereta, tidak layak pun ada kereta kerana tak reti nak buat simpanan-simpanan kecil setiap bulan untuk menanggung kos-kos tahunan seperti servis, breakdown, tayar etc.

3. Tak tahu nak manage kecemasan

Ada ke Hari Raya Aidilfitri tu dianggap sebagai kecemasan? Bayangkan ada orang kata: “Laa, tahun ni ada raya ke? Banyak nye nak belanja raya ni!” Gilee ke apa? Konfem tiap-tiap tahun ada raya. Itu bukan namanye kecemasan.

4. Takde tabiat menyimpan

Nak beli rumah tapi langsung takde simpanan. Grup macam ni sangat-sangat bahaya. Simpanan ni satu tabiat wajib. Dalam gelanggang hartanah, tak mungkin dapat berjaya. Memang boleh guna dol: duit orang lain, tapi kalau takde dks: duit kau sendiri, susah bro!

5. Tak pandai uruskan kewangan

Punchline dia sebenarnye tak tahu urus duit sendiri. Segala keputusan hartanah adalah keputusan kewangan. Mana mungkin Ahyat benarkan anak-anak muda dan newbies beli rumah kalau tak tahu uruskan kewangan.

6. Tak ada perlindungan takaful

Bila Ahyat ajak orang beli rumah, secara tak langsung, Ahyat ajak orang buat hutang. Maklumlah zaman sekarang mana ada orang beli cash. Kalau berani buat hutang, kena berani urus hutang. Cara paling mudah ialah menggunakan produk kewangan bernama takaful.

7. Tak faham apa beza layak dan mampu

Ramai yang letakkan diri mereka dalam bahaya yang sangat besar bila beli rumah yang kita layak tapi sebenarnye tak mampu. Ahyat dah jumpa ramai yang macam ni. Please jangan beli rumah kalau macam ni. Meyusahkan diri dan keluarga!

Itu lah yang kami buat dari pagi sampai petang. Di hari Sabtu dalam musim-musim cuti ni, 20 peserta ni gigih dan gagah untuk susun kewangan secara fokus ke arah pemilikan hartanah dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab!

Sept 14,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp