#PagiPower (Episod 13) : Rasa Cukup Masa Walaupun Busy Kalau Jaga…

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian”- Surah Al-Asr.

Petikan daripada Al-Quran melalui surah Al-Asr merupakan satu perkara yang paling penting buat semua manusia untuk mengambil iktibar.

Masa merupakan suatu perkara yang penting, yang tiada nilainya.

Dalam korang sibuk dengan aktiviti seharian, bagaimana korang menjaga dan membahagikan masa tersebut?

Kadangkala kita rasa terkejar-kejar seperti tidak cukup masa, sedangkan orang yang berjaya sentiasa mengutamakan 3 perkara ini dalam membahagikan masa mereka.

Ahyat ingin share 3 keutamaan yang korang perlu jaga dalam membahagikan masa korang.

1. Jaga masa dengan Allah.
2. Jaga masa dengan family.
3. Jaga masa untuk kerjaya.

Masa itu adalah emas, jadi ikutlah 3 perkara utama ini dalam video siri #PagiPower episode 13.

Semoga dengan perkongsian Ahyat pada kali ini, kualiti masa korang akan lebih terjaga mengikut setiap keutamaan.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: