3 Sebab Orang Arab Suka Hartanah Malaysia?

Ahad lepas, Ahyat telah dijemput untuk berkongsi tentang peluang peluang hartanah di Malaysia di ACCE: Arabic Comprehensive Conference & Exhibition di PWTC Ahad lepas. Apa yang Ahyat terkejut ialah mereka suka hartanah Malaysia dan mereka tahu lokasi lokasi hangat di GKL: Greater Kuala Lumpur.

Daripada sesi bersama mereka, Ahyat dapat tahu yang 7 dalam 10 pelajar dari negara negara timur tengah mahu terus hidup di Malaysia dan memiliki hartanah di sini.

1. MALAYSIA AMAN

Sorang peserta tu bagi feedback semasa sesi Ahyat. Dia kata, kat Malaysia ni pelbagai kaum dan agama. Tapi tak berperang. Kat sana, sama sama orang Islam pun berperang. Mereka happy kat Malaysia kerana bila negara bergolak, hidup tak selamat. Mereka amat hargai keamanan. Kita orang Malaysia maybe take for granted. Ada yang tak sedar betapa besarnye nikmat Allah yang kita aman. Sempena bulan kemerdekaan ni kita kena kuatkan balik semangat untuk pertahankan keamanan dalam negara tercinta ini.

2. ORANG MALAYSIA BAIK

Yang ni buat saya rasa bangga pulak. Ada sorang peserta ni kata, diorang suka Malaysia ni kerana orang Malaysia ni baik baik. Oh ye ke saya tertanya dalam hati saya! Ofkos ye la kan?! Huhu! Rata ratanye orang Malaysia ni sopan dan beradab dengan foreigners. Harap harapnye gitu la kan!

3. MALAYSIA NI MURAH!

Haa. Yang ni konfem engkorang macam tak berapa setuju. Diorang punye feedback, kos hidup dan hartanah especially dekat dekat KL ni kira murah kalau dibandingkan dengan bandar bandar besar dalam rantau ini. Kita orang Malaysia memang rasa mahal. Tapi bila dibuat perbandingan di rantau ini, kita memang dianggap murah dari segi psf: per square foot hartanahnye. Cumanye bila dibandingkan dengan taraf pendapatan, mungkin hartanah hartanah itu tadi akan dianggap mahal jugak akhirnye. Barang maybe murah tapi kalau pendapatan dalam ringgit nak belanja dalam ringgit akan terasa bebannye.

Ahyat rasa seronok bila berdialog bersama mereka. Dapat lihat perspektif orang luar terhadap Malaysia. Tapi satu lagi yang Ahyat dapat tahu, pak Arab pun suka selfie! Huhu!

Adakah anda bersetuju dgn 3 perkara itu?

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: