Tarikh Lelongan: 28/4/2008
Hartanah : Rumah Teres 2 Tingkat, Jln Impian Setia, Saujana Impian, Kajang
Saiz : 900 kps
Status : Freehold
Posisi: Geran individu dan keluar tapi belum buat transfer
Deposit : RM12,500
Harga Rizab : RM 125,500
============================
1. Pihak bank telah membekalkan satu surat pengesahan dari pemaju memaklumkan status rumah dan sahkan bahawa peminjam adalah pemilik rumah tersebut
2. Lelongan dijalankan di Wisma Central oleh pelelong berlesen. Suratan hakmilik individu belum dikeluarkan.LELONG bawah LACA.
3. Pada hari lelongan, kami dengan bergayanya datang ke Tingkat 7 Dewan Lelongan Tancorp di Wisma Central,KL. Lelongan di kendalikan oleh Syarikat RS Maniam.
4. Hari itu ialah “Grand Auction Fair” sebuah bank. Ada lebih 160 unit di senaraikan untuk dilelong oleh 8 pelelong. Rumah yang kami nak bid jatuh nombor ke 54.
5. Kami tunggu dengan sabar. Khabarnya ada pembida lain juga yang berminat dengan rumah ini. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai lah turn lelongan rumah ni.
6. Sebaik sahaja diumumkan kami terus angkat paddle, dah tak sabar dah ini. Harap2 menang la.
7. Masa tu kami sorang je yang angkat tangan, dan dalam hati bertanya jugak…mana bidder lain.. debar kuat dah ni…harap2 rizab price laaa.
8. Bila pelelong start kira RM 125,500 satuuuu,RM125,00 duaaaaaaaa, rasa lama benar saat itu..RM 125,500 tiiiiiiigaaaaaaa…phump..ketuk hammer… yahooooooo … menangggggg RP.
9. Baru orang nak bertepuk, tetiba ada seorang dalam gallery tu bangun dan bantah. Katanya dia nak bid yang ini dan tak dengar pun giliran rumah ini dipanggil.
10. Dewan jadi kecoh seketika. Pelelong defend diri dia dan kata dia dah panggil banyak kali dan bidaan juga di ulang sampai 3 kali sebelum hammer jatuh.
11. Orang itu masih tak puas hati. Ejen-ejen yang ada dalam dewan mula mengomel dan start bising. Hinggalah seorang ejen ni bersuara…”Bang… sini dewan lelong, bukan panggung wayang mau duduk syok syok. Kalau u mau beli u mesti mau dengar laaa..”
12. Hihi… last last mat tu mengalah. Agaknya tadi dia sebuk duk try awek yang duk sebelah dia sampai tak sedar dah tiba giliran rumah ni di lelong.
Dan kami diisytiharkan sebagai pemenang yang sah.ALHAMDULILLAH.
Apa pengajaran di sini?
🧠Kalau masuk membida, sila FOKUS
🧠Dewan lelong bukan panggung wayang
===========================
13. Rumah tersebut memang kosong. Keesokan harinya lapuran polis (dibuat cover report) kerana ingin masuk ke dalam rumah tersebut.
14. Sebaik saja pintu depan dibuka, apa yang menunggu ialah tempat sembahyang cina yang ada patung tuhannya dan buah2 limau yang dah kecut. Di tempat sembahyang tu juga ada beberapa gelas kecil berisi air ataupun minyak, tak ingat. Ada perabut sikit2. Rumah nampak OK tak rosak2 teruk.
15. Kira tak runsing sangat la. Yang selalu buat kami “touching” sikit selalunya kalau kat dinding atau atas meja ada gambar family.
16. Kami tak gemar kalau ada barang Kami prefer kosong sebenarnya tapi ada orang suka kalau ada barang. Kira macam free gift Tapi pada kami ini leceh la..
17. Lagipun polisi kami ialah kami beli rumah je bukan beli barang Kalau boleh trace owner, kami akan minta di ambil. Kalau tak nak jugak, baru cerita lain.
18. Tapi yang lebih penting macamana nak cari owner. Kalau bab ada tempat sembahyang ni, biarlah dia yang alihkan sendiri. Nak sentuh pun cuak.
19. Atas inisiatif ejen 003,005 dan 007, nombor telefon owner berjaya diperolehi.. maka mula la adegan rundingan….
20. Owner berjaya dihubungi. Selalunya kami kata kami dari pejabat peguam dan mewakili someone yang menang bida. Kami mahu ambil possession lepas habis bayar harga lelong.
21. Jarang kami masuk terus rumah yang menang dibida walaupun kosong, hingga habis di bayar baki harga lelong .
22. Biarlah 3 bulan tu.Tempoh bertenang untuk owner tahu rumahnya dah ada pembida dan ada masa untuk aturkan penghijrahan.
23. Setelah bincang punya bincang, owner setuju untuk keluarkan barang dan kosongkan rumah Owner telah bercerai dan bekerja odd jobs. Tapi ada syarat :
💁🏻♂️Tanggung kos lori
💁🏻♂️Minta duit poket sikit RM1,000.
24. Ofkos saya setuju. Kita bantu dia pindah setelah dia setuju untuk pindah. Takpe keluar kos sikit tapi pindah secara aman damai takde gaduh2.
APA PULAK PENGAJARANNYA DI SINI?
🤦🏻Bersedia untuk nego
🤦🏻Prepare untuk keluar kos tambahan
============================
25. Pada hari yang ditetapkan untuk pindah, owner datang dengan lori dan staff lori untuk angkat barang.
26. Semuanya berjalan lancar dan kami tunggu di situ hingga selesai. Cuma yang “touching” sikit bila dia mula alihkan tempat sembahyang tu /altar.
27. Saya perati tengok dia buat camne. Muka pun macam sedih sikit. Setelah altar tu masuk dalam lori, gelas-gelas kecil itu dia bawa ke bawah jejantas ( kebetulan depan sikit dari rumah tu ada jejantas pejalan kaki dan motor untuk cross highway), dan dia duduk mencangkung bawah tangga nak naik ke jejantas tu sambal mulut kumat kamit.
28. Lepas tu satu demi satu gelas-gelas kecil itu di hempas ke dinding tangga tu dan pecahlah gelas gelas tu. Mungkin itu caranya kot. Saspen gak kot ada keluar jin ke.
29. Akhirnya selesai lah urusan angkat barang dan kami salam2 dan bawak diri masing2. Alhamdulillah.
=============================
12 TAHUN KEMUDIAN
——————————
🤷🏼♂️ASKING PRICE Jalan Impian Setia, Saujana Impian kini ialah sekitar RM400,000.
🤷🏼♂️Sewa sekitar RM 1000-1200.
🤷🏼♂️Sekarang dah ada TESCO dan GIANT berdekatan..
🤷🏼♂️BIla nak buat cerita ni dan tengok balik file lama-lama, rasa ralat pun ada. Nyesal lak bukak sebab nak kongsi cerita punya pasal buat pedoman u olls.Tapi demi nak bagi fakta yang tempat, kena juga korek file..huhu.
🤷🏼♂️Rumah ni dah jual lama dah. Kalau simpan sampai harini…PAKCIK KAYOOOO…
🤷🏼♂️Tapi gitulah pusingan hidup. Kita buat untung seround Orang yang beli dari kita pulak buat untung lagi seround, takan ko sorang je nak untung…
SEKIAN ADANYA
=============================
SHARE | LIKE | TAG kalau suka cerita cerita macam ni buat panduan ataupun hiburan.
SUMBER ASAL : FB NAZRI MUSTAFA