Bagaimana Rancang Perwarisan CDS Akaun Anda?

How-to: Start Trading On The Malaysian Stock Market | iMoney
Apakah Sistem Depositori Pusat (CDS)?
CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik
Bahasa mudah, siapa yang melabur di stock market/bursa malaysia, perlu akaun CDS.
.
Langkah untuk merancang Pewarisan CDS
Sediakan KUNCI PEWARISAN semasa hidup untuk waris anda. Bagaimana?
.
1. KUNCI 1 : KUNCI PEROLEHAN KUASA
a. Lantik seorang wasi (waris atau syarikat amanah) menggunakan Dokumen Perlantikan Wasi
b. Pastikan wasi memahami proses dan bersedia untuk melaksanakan tugas. (sebaiknya lantik pakar yang mahir)
c. Peruntukan Dana/Wang untuk membiayai proses ini agar tidak membebankan waris.
.
2. KUNCI 2 : KUNCI PENTADBIRAN
a. Wasi yang dilantik akan menguruskan proses pengeluaran
b. Pastikan salinan maklumat Akaun CDS sentiasa kemas kini. Agar maklumat terkini boleh digunakan dalam proses Kunci 1 oleh wasi
c. Ikuti prosedur pengeluran pendaftar harta. https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/cds_
d. Jika CDS akaun adalah harta pusaka, pastikan hak permilik (hutang kepada Allah dan manusia, wasiat kepada bukan waris) dan hak pasangan (harta sepencarian) diuruskan dahulu selepas pengeluaran sebelum agihan faraid. Proses ini boleh dibuat bersama harta pusaka yang lain.
e. Jika bukan harta pusaka (Hibah atau Amanah) maka berikan kepada yang hak. Asingkan dari harta pusaka.
.
3. KUNCI 3 : KUNCI PEMBAHAGIAN
a. Nak bahagi ikut Faraid
– Kenali waris faraid dan bahagian waris faraid anda sekarang. Boleh dapatkan mock-up sijil faraid disini.
– Jika pembahagian mengikut Faraid, tiada perancangan pembahagian perlu kerana harta pusaka adalah hak waris faraid mengikut hukum syarak
.
b. Nak bahagi ikut Wasiat
– Guna Dokumen Wasiat 1/3
– Wasiat pembahagian dalam Islam adalah semaksima 1/3 dari baki harta pusaka kepada BUKAN waris faraid (anak angkat, badan amal, rakan etc). Baki 2/3 adalah milik waris faraid.
– Wasiat kepada waris faraid hanya terlaksana dengan persetujuan waris selepas kematian pemilik harta.
.
c. Nak bahagi ikut Harta Sepencarian
– Guna Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
– Harta Sepencarian adalah Hak Eksklusif pasangan suami isteri sahaja.
– Pastikan perkahwinan anda telah didaftarkan diMalaysia
– Secara umum adalah pada kadar 50:50
.
d. Nak Bahagi ikut Hibah
– Guna Hibah Akaun CDS
– Boleh Hibah kepada sesiapa (waris, bukan waris, bukan Islam, organisasi)
– Boleh Hibah sehingga kadar maksima 100%
.
“Bukan sedikit atau banyak harta, tapi dari mana ia datang dan ke mana ia pergi yang akan dipersoalkan kelak”
.
SUMBER ASAL : FB Khamarul Azhar
.
.
.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: