fbpx

Adakah HOC Lari Daripada Tujuan Asal?


Cadangan Ahyat kat poin no 6. Setuju tak?

Hari ni viral lagi kisah tentang HOC. Macam dah lari daripada tujuan asalnye.. ke matlamat asalnye bukan apa yang kita sangka-sangka dari awal pun? Eh!

1. So HOC ni maksdunye: Home Ownership Campaign. Kalau anda chekidaut website rasmi REHDA, disebut bahawa kempen ni untuk menggalakkan pemilikan hartanah dalam kalangan rakyat. So kerajaan akan bantu di mana pembeli tak perlu bayar duti setem dan pemaju akan bagi diskaun. (Rujukan 1)

2. Katanye Abang Long LGE: Lim Guan Eng umumkan dalam Bajet 2019 Nov tahun lepas. HOC ni disebut dalam perenggan yang ketiga terakhir dalam highlights ni (Rujukan 2). Rancangan asalnye bermula dari 1 January sampai tengah tahun. Tapi dah extend sampai hujung tahun. Chekidaut artikel ni untuk details HOC. (Rujukan 3)

3. Lepas tu ada taiko Penang mintak nak lanjutkan HOC ni bukan sahaja untuk undercon tapi jugak untuk subsale market. Kalau anda folo rapat kisah-kisah ni, semua pengumuman-pengumuman dari taiko ni sangat disapot oleh kerajaan di peringkat negara dan negeri. Bagus la kalau macam tu kan. (Rujukan 4)

4. Dan hari ini kita diledakkan dengan satu lagi pengumuman untuk HOC. Tapi kali ni bagi Ahyat memang satu kejutan. Kerajaan nak lanjutkan HOC ni bukan sahaja di negara kita. Mereka mahu promosikan hartanah-hartanah ke Hong Kong atau China. (Rujukan 5)

5. Dikatakan hanya hartanah-hartanah yang lebih rm1juta akan dipromosikan kepada orang-orang asing ni. Kerana rumah-rumah kat Malaysia pun dianggap murah berbanding dengan hartanah di Hong Kong dan bandar-bandar tier 1 dan tier 2 di China. Dilaporkan ada rm100 billion hartanah high end yang tak terjual di Malaysia. First time Ahyat baca fakta ini yang dilaporkan secara rasmi oleh pihak media.

6. Rakyat faham bahawa HOC ni adalah satu kempen bersama antara 2 pihak: Kerajaan dan pihak pemaju. Rakyat pun boleh nampak bahawa kerajaan sedang buat sedaya upaya untuk selesaikan isu-isu perumahan yang berat dan bukan musah diselesaikan. Tugas menteri KPKT memang bukan mudah. Tapi, kalau nak jual ke pembeli asing, maybe tak sesuai la nak dipanggil HOC.

7. Kempen HOC oleh kerajaan Malaysia ni nak bantu rakyat Malaysia memiliki rumah. Kalau kasihani rakyat Hong Kong kerana rumah-rumah kat sana mahal, maybe itu biarlah kerajaan diorang yang nak selesaikan. So kalau kerajaan tetap nak anjurkan kempen-kempen nak bantu pemaju jual rumah-rumah mahal tu kat obesi, better buat branding lain kot. Jangan keliru dengan tujuan murni HOC untuk rakyat Malaysia.

8. Tak tahu la apa pendapat sahabat-sahabat sekalian. HOC: Home Ownership Campaign ni sepatutnye nak bantu siapa? Rakyat? Pemaju? Kalau tak bantu pemaju, ekonomi stuck. Industri hartanah memang melibatkan ratusan bisnes-bisnes dalam ecosystemnye. Ramai yang bergantung hidup kat industri hartanah. Tapi apakah tujuan HOC ni dah terkeliru?

9. Kita bukan nak cari salah siapa-siapa. Akhirnye kita sebagai individu kena kuatkan semangat juang. Kena kuatkan ekonomi diri. Kena kuatkan ilmu. Kita tak boleh bendung orang luar yang nak beli hartanah ditanah air sendiri. So kitalah yang kena jaga diri sendiri.

10. Kalaulah komen-komen kita ni dapat disampaikan kepada pihak kerajaan sekarang, especially dah dekat-dekat dengan pengumuman BAJET 2020 ni, apa agak-agaknye pendapat anda tentang isu ini? Jaga sopan santun ye, nanti saya pulak yang kena! Huhu!

Sept 12,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Rujukan:
1. Rehda Official Website
http://rehda.com/hoc2019/
2. The Star 2 Nov 2018
https://www.thestar.com.my/…/11/02/budget-2019-highlights-l…
3. The Edge Markets 30 Jun 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/govt-extends-home-ownershi…
4. Malay Mail 20 Ogos 2019
https://www.malaymail.com/…/govt-urged-to-extend-ho…/1782382
5. The Edge Market 12 Sept 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/putrajaya-aims-organise-ho…

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp