fbpx

Affordable VS Livable? 2 Konsep Pasaran Hartanah Korang Mesti Fahami.

Pasaran hartanah di Malaysia berbeza kalau dibandingkan daripada zaman mak ayah kita dengan zaman sekarang.

Penting untuk kita fahami perbezaannya dan penting kita terima hakikat, bahawa keadaan sekarang tak mungkin kembali seperti dahulu. Hanya apabila kita boleh terima hakikat ini, barulah kita boleh menyusun strategi untuk mengorak langkah merebut impian hartanah yang diidam-idamkan.

MEMAHAMI PASARAN HARTANAH : Konsep ‘Affordability’ & ‘Livability’.

Apakah 2 konsep yang disebut dalam tajuk perkongsian hari ini?

AFFORDABLE : bermaksud mampu milik.
LIVABLE : bermaksud sesuai atau selesa didiami.

Mari kita lihat apakah perbezaan pasaran hartanah dulu dan sekarang.

Bagi pasaran hartanah dulu, harga hartanah adalah ‘Affordable‘ dan ‘Livable‘. Ini bermaksud, rumah pada zaman mak ayah kita pada tahun 70-an dan 80-an mampu milik dan sesuai didiami.

Namun, pasaran hartanah hari ini, tidak begitu. Kalau nak beli rumah yang’Affordable‘, kemungkinan besar rumah itu TIDAK ‘Livable‘. Apa yang berlaku, rumah itu mungkin dalam range harga yang kita mampu milik tetapi mungkin saiznya kecil atau lokasinya terlalu jauh daripada tempat kerja.

Kalau kita nak cari pula rumah yg ‘Livable‘, yang benar-benar sesuai dan selesa untuk didiami, rumah yang kita impikan, sudah hampir pasti harganya TIDAK pula ‘Affordable‘!

Inilah yang berlaku di pasaran hartanah Malaysia, malah juga sedang berlaku di pasaran hartanah lain di rantau ini seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, terutamanya di kawasan-kawasan bandar negara-negara tersebut.

Kalau anda ada belajar sesuatu yang baru dengan artikel ini SILA LIKE, dan boleh daftar di laman web PejuangHartanah.com untuk up to date dengan ilmu-ilmu berkenaan hartanah dan kewangan terkini!

KLIK SINI UNTUK DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp