Tanah adalah salah satu aset yang perlu dimiliki oleh kita semua pada hari ini. Namun dalam proses membeli tanah ramai yang masih keliru dan yang pasti ada beberapa syarat serta prosedur tertentu untuk memastikan kita mendapat geran sebagai bukti penama tanah tersebut adalah milik kita. Jarang kita dengar istilah Tanah Lot Lidi dengan Tanah Geran Berangkai ini kan.
Namun ramai yang beli tanah tanpa usul periksa dan faham apa itu tanah Lot Lidi dan tanah Geran Berangkai ni. Jadi Ahyat nak terangkan disini apa maksud Tanah Lot Lidi dan Tanah Geran Berangkai supaya kita tahu dan hadam tentang ilmu tanah ini.
Bagi tanah LOT LIDI ini bermaksud satu tanah yang dijual untuk tujuan kediaman. Biasanya tanah ini jenis tanah pertanian. Mengikut Undang-undang Hartanah menghalang untuk nama pemilik baru daftarkan di sebabkan keluasan tanah tersebut. Sebagai contoh 1 ekar tanah hanya boleh daftar 1 nama pemilik daftar sahaja. Jadi tanah Lot Lidi dijual dalam keluasan yang sesuai untuk buat rumah kepada pembeli tetapi nama pembeli tidak akan didaftarkan di dalam geran.
Sebagai peringatan untuk tanah pertanian ni sekiranya berlaku kematian, perintah pusaka membolehkan nama waris yang ramai di sahkan di dalam geran. Ini antara punca tanah pertanian boleh memiliki ramai pemilik daftar.
Manakala,GERAN BERANGKAI pula bermaksud satu geran tanah yang terdapat banyak nama pemilik di dalamnya. Kebiasaan punca yang kerap terjadi adalah disebabkan proses pusaka di mana nama waris kepada pemilik asal yang telah meninggal dunia didaftarkan di dalam geran tanah.
Sebab itulah kalau kita hendak membeli tanah kena ada ilmu yang cukup dan kena bertanya soalan adakah tanda ini boleh bertukar penama atau tidak. Sekiranya kita terbeli tanah tersebut tapi tidak dapat tukar kepada nama kita adakah itu dipanggil satu keuntungan atau satu pemasalahan yang baru untuk kita tanggung.