Ahyat bukan nak cekik bro ni. Tapi Ahyat nak terangkan punchline paling penting ni. Chekidaut..
1. So bro ni sorang student Ahyat daripada 2018. Lama dah tak jumpa. Tetiba dia datang masterclass homestay, Sabtu lepas. Memang semua Alumni Pejuang Hartanah Advance boleh hadir Masterclass bulanan secara percuma selama 1 tahun. Tapi selagi mereka nak belajar, nak datang lifetime recharge ilmu n energy Ahyat benarkan!
2. Bro ni Usahawan. Ahyat masih ingat hampir 2 tahun dulu dia datang belajar dengan Ahyat. Dia memang langsung takde ilmu hartanah. Dan dia pun sedang struggle nak susun kewangan dia untuk persiapan beli rumah.
3. Sekarang, dia dah beli 2 bijik rumah. Daripada time dia bujang dulu sekarang pun dah berkahwin. Kewangan pun dah tersusun. Ilmu hartanah dah ada. Dia cakap dia happy sangat sekarang kerana dia tahu apa nak research. Dia tahu apa nak analisa sebelum beli rumah. Dia rasa selamat. Tapi dia sekarang dah stuck nak beli rumah ketiga. Kat sini yang Ahyat bagi nasihat penting..
4. Apa sebenarnye matlamat kita nak beli rumah banyak2 ni? Dah ada 1 nak 2. Dah ada 2 nak 3. Dah ada 9 nak 10. Dah ada 99 nak 100. Kadang2 kita tak perasan. Kenapa kita nak kejar tu? Matlamat mesti jelas. Apakah matlamat kita sebenarnye?
5. Ada yang rasa bercakap pasal matlamat ni poyo la. Tapi betapa ramainye yang tak jelas tentang matlamat. Matlamat kita sebenarnye nak jadi kaya. Kenapa nak kaya? Kerana nak happy. Kerana bila kaya kita ada pilihan. Orang miskin takde pilihan.
6. Ada macam2 kenderaan yang boleh bawak kita jadi kaya. Hartanah salah satu je kenderaan yang boleh bawak kita dari mana kita ada sekarang ke destinasi kewangan yang kita idam2kan. Ada je aset2 pelaburan lain boleh bantu kita jadi kaya. Nasihat Ahyat sebagai cikgu hartanah: tak boleh taksub kat hartanah je. Kalau taksub, boleh terjerat. Setuju tak nasihat macam ni? Ni namanye nasihat yang adil dan seimbang!
7. Punchline Ahyat kat bro ni: kenderaan yang paling power ialah bisnes dia! Bukan hartanah. Bukan saham. Bukan pelaburan2 lain. Bisnes dia yang akan buat dia kaya. Hartanah hanya akan biat dia lebih kaya. Kita kena faham ilmu ni! Especially orang berniaga. Orang makan gaji sekali pun!
8. Ramai yang mengharapkan hartanah jadi pil ajaib yang akan selesaikan masalah kewangan mereka. Orang berniaga yang sedang hadapi masalah cashflow n masalah bisnes, mencari hartanah sebagai pil ajaib yang akan selesaikan masalah bisnes mereka. Ini sudah salah. Jangan cari hartanah, carilah ilmu bisnes pulak sekarang.
9. Fokus kat income kita. Income tu boleh datang daripada kerja atau bisnes. So fokus kat kerja. Fokus kat bisnes. Dan fokus tambah ilmu. Kalau ada masalah kewangan, orang yang beli rumah ni akan lagi bermasalah! Malah boleh jadi 10 kali ganda lagi bermasalah. Tambah pulak kalau tersalah beli rumah yang jadi raksaksa. Lagi sesak jadinye kewangan!
Nov 11,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!
Gambar:
Tiada manusia mahupun haiwan peliharaan yg tercedera dalam gambar ini. Aksi mencekik sekadar gambaran bahawa hartanah bukan pil ajaib yg akan selesaikan masalah kewangan individu mahupun perniagaan! Gurau ye!