1. Dalam urusan jualbeli hartanah sub sale, selepas anda tandatangan Perjanjian Jualbeli dan ditarikhkan, masa untuk “completion” sudah pun bermula.
2. Untuk hartanah ada geran dan freehold tanpa perlu minta consent, tempoh yang biasa diberi kepada Pembeli ialah 3 bulan dari tarikh S&P.
3. Manakala untuk hartanah ada geran tapi kena minta consent pindah milik ATAU belum ada geran tapi tertakluk kepada lain2 syarat (case to case basis) seperti pengesahan dari Pemaju, tempoh nya ialah 3 bulan dari syarat2 itu dipenuhi, bukan dari tarikh S&P.
4. Tetapi tempoh untuk penuhi syarat2 itu juga dinyatakan. Contohnya, mesti dapat dalam masa 6 bulan dari tarikh S&P, atau akibatnya S&P boleh dibatalkan atau dilanjutkan lagi tempoh, untuk pihak itu (biasanya Penjual) ( atau Pembeli memdapat low cost consent) memenuhi syarat2 itu.
5. Selepas pengalaman PKP beberapa kali di mana banyak kerja tertangguh, sudah ada cadangan masa itu ditambah jadi 4 bulan ATAU dilanjutkam secara otomatik setiap kali ada PKP/ Lockdown yang menjejaskan urusan.