Apa yang kena ubah? Siapa mintak ubah?
Semakin dekat dengan belanjawan 2020 ni, ramai la yang beri macam-komen komen untuk macam-macam isu. Antara isu paling hangat ialah hartanah. So ada satu komen daripada sorang lejen hartanah. Lejen ni bukan kategori jerung, tapi lebih kepada paus hartanah! Ahyat nak komen sikit sebagai bilis hartanah.
1. Kalau engkorang baca apa-apa berita pasal hartanah, Ahyat nasihatkan jangan baca tajuk je. Contohnye artikel ni katanye nak mintak ubah dasar hartanah negara. Tajuk macam ni Ahyat anggap sangat epik. Ni kira topik yang sangat mega. So kena baca lanjut.
2. So bila tajuk tu dasyat, kita nak kena tanya 2 soalan. Apa nak kena ubah? Dan yang paling paling paling penting: siapa yang mintak kerajaan ubah dasar kerajaan ni.
3. Apakah 2 perkara yang diminta diubah tu?
PERTAMA: Kerajaan perlu ubah dasar hartanah supaya pasaran hartanah lebih menarik untuk warga asing.
KEDUA: Bank tak memudahkan pembeli dapatkan pembiayaan. Dan ini adalah sebab pembeli sukar beli rumah.
4. Semua ini dikatakannye antara sebab keadaan pasaran hartanah dalam keadaan terlebih bina tapi kata lejen ni, kita tidak ada dalam keadaan lambakan hartanah. Part ni saya rasa pelik dan ajaib. Terlebih bina tu bukan bermaksud ada lambakan. This is amazing!
5. So setuju tak soalan yang paling penting tu. Kita kena tanya siapa yg meminta apa yang dia minta. Dalam artikel kali ni, boleh tak sahabat-sahabat semua faham kenapa dibuatnye permintaan tu. Tak salah la kalau pemaju yang mintak 2 permintaan ini. Bila warga asing dipermudahkan beli hartanah kat Msia, bagus la untuk pemaju kan. Bila pembeli mudah dapat pembiayaan, bagus la pemaju kan.
6. Industri hartanah ni kritikal. Lebih 100 industri hiliran yang bergantung pada industri ni. So kalau kita lihat konteks ekonomi secara makro, kita faham la kerajaan mesti jaga industri ni dengan baik. Tapi..
7. Tapi kerisauan saya, bila taiko-taiko dan taikun-taikun je yang bagi pandangan mereka, bila media hanya angkat suara mereka, bagaimana pula dengan suara rakyat? Kalau tanya rakyat, saya rasa diorang risau bila pasaran hartanah Malaysia ni diserang warga asing. Saya rasa rakyat Malaysia cukup matang memahami bahaya bila entah siapa2 je yang diluluskan pembiayaan bank. Saya rasa rakyat Malaysia faham bank tak perlu diajar bagaimana nak jaga risiko perbankan yang kalau tak dijaga, boleh bawak nahas yang lebih dahsyat yang mampu menjatuhkan seluruh ekonomi, yang akhirnye seluruh rakyat sengsara.
8. So, bagaimana suara rakyat dan suara hartanah nak sampai ke telinga pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia? Kalau lah boleh sampai ke telinga mereka, apa yang anda mahu? Rakyat pun jangan kritik je, apa cadangan-cadangan anda?
Sept 19,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!