fbpx

Jangan Dilema Pasal Kaya Dan Harta

Saya mahu anda tahu kisah inspirasi Hj Rani!

1. Saya mahu anda kenal seorang insan hebat bernama Hj Rani. Ahyat akan sebut nama beliau dalam setiap program Ahyat di seluruh Malaysia kerana mahu nama beliau masyhur dan disanjung sebagai seorang pejuang hartanah dan pejuang masyarakat. Dan kita mesti contohi kisah inspirasi beliau!

2. Pada tahun 2009, beliau telah beli 2 rumah teres side by side untuk dijadikan Sekolah Tahfiz di Kota Kemuning. Orang hartanah tahu bukan senang nak beli rumah teres sebelah sebelah kat subsale market. Kadang kadang, kalau kita nak beli rumah sebelah tu, kalau owner tu taknak jual, kita nak bagi duit pun tak boleh beli. Lain la kalau beli rumah undercon. Kalau datang awal, boleh je pilih rumah teres sebelah2 daripada pemaju.

3. Tak cukup setakat itu. Hj Rani spend lagi beberapa ratus ribu lagi untuk renovate bahagian atas jadi ruang tidur untuk 20 pelajar tahfiz dan kat bawah ruang belajar n makan.

4. Dan tamaknye Hj Rani n isteri beliau nakkan saham akhirat, mereka masak untuk pelajar belaja n penjaga penjaga sekolah tahfiz ni setiap hari dari hari mula! Alamak.. tamak? Tamak tu kan tak bagus? Tapi kalau berebut berebut nak buat kebaikan tu kan sangat bagus! Hebat kan!

5. Beliau menanggung sepenuhnya sekolah ini dengan bantuan sahabat sahabat n masyarakat. Tapi bantuan bantuan itu kadang kadang tak cukup. Dan beliau sentiasa berusaha mendapatkan apa apa bantuan yang boleh daripada masyarakat. Sedekahkan doa dan bantuan kita buat semua yang terlibat dengan tahfiz ini ye.

6. Inilah Pejuang Hartanah yang saya maksudkan. Kita belajar ilmu duit dan ilmu hartanah untuk apa? Untuk kaya? Untuk bermegah? Untuk sombong? Untuk bermewah mewahan? OH TIDAK! Kita belajar sungguh sungguh dan kita berjuang habis habisan supaya kita kuat dan supaya kita kaya! Kenapa nak kaya? Kerana nak bantu masyarakat. Kerana nak jadi manfaat kepada orang lain. Bukan nak susahkan orang lain!

7. Jangan ada dilema tentang harta dan kekayaan. Kita orang Islam mesti kaya dan kuat supaya tidak menagih dan berharap kepada orang lain. Seperti Hj Rani dan ramai lagi pejuang pejuang hartanah yang hebat seperti beliau. Kita nak kuat supaya kita boleh bantu orang lain. Bukan soal berapa kereta mewah kita ada, bukan soal berapa handbag mewah kita ada. Bukan semata kemewahan material untuk bermegah megah. Tapi untuk berikan manfaat dan bantu masyarakat!

8. Dan jangan ada dilema tentang hartanah. Dalam Islam kita perjuangkan nasib anak anak yatim. Nasib pelajar pelajar tahfiz. Mereka perlukan rumah. Mereka perlukan hartanah. Orang kita mesti sukakan hartanah. Orang kita mesti kuasai hartanah!

9. Dipersilakan LIKE dan SHARE banyak banyak supaya kisah semangat juang Hj Rani ini terus masyhur dalam kalangan orang kita! Siapa nak jadi macam Hj Rani yg menggunakan hartanah sebagai saham akhirat beliau, jom laungkan: SAYA PEJUANG!

 

Tarikh: Ogos 2, 2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp