Jangan Pernah Berhenti Belajar


Kalau sayang team, ajar mereka untuk belajar

Belajar ni bukan setakat kat sekolah n universiti je. Dalam hidup ni kena terus belajar dan belajar. Kali ini, kami belajar ilmu digital marketing bersama sahabat Ahyat Coach Sham dan facilitator Izmat.

Dalam sesi group coaching 4 jam ni kami fokus pada email marketing. Theory tu sikit je. Praktikal tu banyak. Itu lah yg team perlukan. Belajar konsep kejap, lepas tu kena buat kesilapan.

Yes. Kena buat kesilapan kerana time tu la kita belajar! Kesilapan ni pun paling best dibuat dalam kehadiran coach atau mentor. So on the spot boleh perbetulkan dan repair.

Yg bestnye tentang digital marketing ialah kesilapan2 kecil boleh dibuat tanpa melibatkan kos yg tinggi dan kesan yg terlalu berat. Banyak benda boleh test2 dulu. Dan boleh buat pada skala kecil sebelum nak lancarkan secara besar2an.

Saya sayang team saya. Oleh sebab itu saya kena ajar mereka utk belajar. Kalau tak belajar, mana mungkin dapat jadi lebih handal. Dan kadang2, team kena unlearn dan relearn kan.

Ada benda2 yg kita dah belajar dulu2 yg maybe dah tak releven lagi. Kerana digital marketing ni sangat cepat berubah. Dan ada jugak benda2 yg kita belajar dulu kita salah buat tapi terus buat.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: