JOINT LOAN YANG PROBLEM BILA PERKAHWINAN ADA PROBLEM

JOINT LOAN YANG PROBLEM BILA PERKAHWINAN ADA PROBLEM

1. Semasa masih dalam perkahwinan bahgia, pasangan membeli rumah dan buat pembiayaan bersama. JOINT LOAN.

2. JOINT LOAN dibuat kerana beberapa sebab. Sebab sayang menyayang atau sebab untuk “boost” kelayakan untuk meminjam. Gaji 1 orang tak cukup untuk layak dapat jumlah yang nak dipinjam.

3. Bila ada isu rumahtangga dan pasangan ini nak berpisah atau memang sudah berpisah, tanggungan untuk membayar tetap berjalan.

4. Potensi untuk loan ini tidak dibayar tetap ada. Bergantung juga siapa yang akan membayarnya.

5. Sekiranya sebelum ini tugas membayar diletak diatas bahu salah seorang pasangan, dan dia tak membayar atau bayar lambat setelah berpisah, ini akan turut mencacatkan rekod pembayaran pasangannya (sebab joint loan)

6. Selagi ada nama sebagai peminjam, tak kiralah peminjam bersama atau tidak, beban membayar dan dalam rekod, anda tetap peminjam.

7. Salah satu cara untuk mengelakkan masalah ini(sebab anda nak mulakan kehidupan baru dan mungkin nak meminjam beli hartanah lain di masa depan), ialah menjual hartanah ini.

8. Atau pasangan anda boleh membeli bahagian anda dan ambil loan yang baru atas nama dia sahaja, dan lepaskan anda dari cangkuk hutang bersama yang terdahulu.

Sumber Peguam Nazri Mustafa

Nak belajar pasal hartanah lebih lanjut? Jom Ahyat dan team ada buat Mega Pejuang Hartanah https://pejuanghartanah.com/mph2021merdeka/?ls=2791

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: