fbpx

Kalau Anda Tahu 2 Benda Ni Konfem Anda Pun Nak Jadi Usahawan Homestay!

 

Dalam sesi petang hari terakhir program PHA: Pejuang Hartanah Advance, Ahyat jemput sahabat Ahyat seorang insan luarbiasa untuk coaching tentang bisnes Homestay. Beliau adalah yang lain tak bukan Akmal Nizam, pakar Homestay Malaya. Dia share 2 perkara amazing ni!

HOMESTAY BUKAN GUESTHOUSE TAU

Jangan tersilap ye. Homestay ni adalah industri desa yg sebenar. Homestay yang sebenar maksudnye pelancong pelancong akan stay dengan owner, makan apa owner makan, buat aktiviti yang owner buat. Pelancong nak lihat desa bukan nak tengok bandar bandar moden. Bandar diorang lagi moden dari kita!

1. Potensi Homestay Malaysia

Sekarang, pasaran homestay lebih kurang rm30 juta sahaja. So berapa potensi sebenar? Jangan terjatuh dari kerusi anda ye. Potensi sebenar homestay di Malaysia ialah rm250 juta! No way! Masih terlalu jauh prestasi semua homestay homestay Malaysia daripada potensi yang sebenar. Adakah anda nampak ruang dan peluang terbesar ini?

2. Kerajaan Nak Bagi Duit Untuk Homestay

Ni yang ramai tak tahu. Termasuklah kami dalam sesi group coaching Ahad lepas. Rupe rupenye kerajaan ada dana khas untuk bagi pembiayaan untuk siapa siapa yang betul betul nak buat perniagaan homestay. Bukan geran. Tapi soft loan. Ada la syarat syaratnye. Step pertama ialah kita nak kena dapat endorsement bahawa kita homestay. Lepas tu step kedua kita baru boleh apply loan tu.

VISIT MALAYSIA 2020

Dengan potensi bisnes honestay yang luas dan bantuan kewangan daripada kerajaan.. belum itu sahaja yang nak buat kita teruja.. tambah lagi tahun depan ialah tahun melawat Malaysia. Kerajaan sasarkan 30 juta pelancong yang akan spend rm1 billion. Berapa yang kita sebagai usahawan homestay nak sauk? Terpulanglah!

STRATEGI HARTANAH PALING SEKSI!

Ini lah antara strategi hartanah yang paling seksi dan untung zaman sekarang. So ada tak sahabat sahabat saya nak jadi usahawan homestay? Jom komen: HOMESTAY POWER!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp