KAWASAN PENANG YANG MENJADI KUNJUNGAN DAN PERMINTAAN TINGGI

10 TEMPAT REBUTAN PERMINTAAN DI PENANG

Kenapa kepala batas menjadi no 1?Adakah di tanah besar harga hartanah lebih murah dari di pulau atau memang warga penang ni lebih tinggal jauh dari bandar?

Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan mengenai senarai 10 kawasan rebutan permintaan tertinggi di pualu pinang pada H1 2020. Tempat teratas di pelopori oleh Kepala Batas. Jadi, Ahyat minta Team Radar Hartanah untuk membuat kajian mengenai kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah keluarkan pada tahun ini.

Lihat 10 carta kawasan dengan permintaan tertinggi didominasi oleh kejiranan di Tanah Besar iaitu Kepala Batas yang mencatat permintaan positif sebanyak +22.62% berbanding di Gurney yang berada di Pulau. Gurney pula mencatat permintaan yang agak baik dengan pertambahan +14.49% . kalau kita tengok harga median dan pertumbuhan modal juga sangat berbeza. Harga median untuk Kepala Batas RM293,000 dan Gurney pula RM936,000. Manakala pertumbuhan modal bagi Kepala Batas -0.29% penurunan yang sedikit berbanding Gurney -4.61%.

Adakah ramai orang memilih untuk tinggal jauh dari pusat bandar? Pada masa yang sama pilih rumah yang lebih mampu milik serta luas di kawasan pinggir bandar? Kalua di Butterworth dan Bukit Mertajam, pengunjung didapati melihat hartanah berharga antara RM300,000 ke RM500,000 bersaiz antara 1,500 ke 2,000 kaki persegi.

Kepala Batas merekodkan hampir dua kali ganda peningkatan kunjungan pada H1 2020. Kebanyakan pengunjung berminat dengan hartanah berharga antara RM400,000 ke RM500,000. Gelugor,terletak di Pulau dan kemungkinan pengunjung melihat kediaman servis dan kondominium dengan unit bersaiz keluarga manakala peningkatan permintaan terhadap Gurney banyak didorong pengunjung yang melihat kondominium mewah berharga yang cecah RM1 juta.

Di bawah ini team telah sediakan gambar sekali dengan maklumat untuk jadikan rujukan.

Permintaan: +22.62%
Harga median: RM293,000
Capital Growth: -0.29%

Permintaan: +14.49%
Harga median: RM936,000
Capital Growth: -4.61%

Permintaan: +10.46%
Harga median: RM392,000
Capital Growth: -0.08%

Permintaan: +4.42%
Harga median: RM265,000
Capital Growth: +2.36%

 

Permintaan: +3.50%
Harga median: RM320,000
Capital Growth: +2.36%

Permintaan: +3.27%
Harga median: RM152,500
Capital Growth: +11.11%

Permintaan: +1.44%
Harga median: RM330,000
Capital Growth: +0.70%

Permintaan: -2.90%
Harga median: RM300,000
Capital Growth: +0.87%

Permintaan: -2.92%
Harga median: RM300,000
Capital Growth: -2.31%

Permintaan: -4.52%
Harga median: RM290,000
Capital Growth: -5.42%

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2020
2. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2019

 

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: