Kenapa Saya Sanggup Drive 300Km Untuk Beraya Di Kluang?

Kalau ikutkan, memang tak logik kan. Drive 3 jam sejauh 300km dari KL ke Kluang dan 3jam kembali ke KL semula. Dapat beraya di Kluang pun lebih kurang 2jam.

Kadang2 persahabatan ni tak ternilai. Persahabatan ni membuat kita lakukan sesuatu yg luarbiasa.

Syukur Alhamdulillah Allah berikan saya rezeki bersahabat dgn seorang insan hebat bernama Najib Asaddok. Beliau banyak bantu saya masa mula2 dulu dalam digital marketing. Kini saya bertuah dapat bersahabat dgn beliau.

Dapat berjumpa insan2 hebat lain: Abang Roslan my events, Nazri ,Danial Haikal, Nazli nasi beriani hj tamby dan lain2.

Lagi pun saya dapat buat macam2 dalam 6 jam perjalanan pergi dan balik tu kerana pergi bersama sahabat Shamsurizam reveals funnel. Macam2 masterminding n braingstorming dapat kami setelkan dalam kereta tadi.

Ahyat pun sempat online meeting dgn TAI: Team Ahyat Ishak Azim n Alifah utk perancangan sales minggu depan. Meeting zaman sekarang ni boleh je buat drpd kereta dan secara online.

Saya doakan kejayaan Najib Asaddok dan team momentum internet yg terus berjuang membantu usahawan2 Islam. Mereka ada misi besar nak bantu 50,000 usahawan tahun ini. Amazing!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: