fbpx

Koronavirus Bagi Kesan Kepada Pasaran Hartanah Malaysia

 

1. Ahyat nak share salah satu kesan koronavirus secara tidak langsung pada pasaran hartanah. Bukan seluruh pasaran hartanah. Tetapi ada satu segmen hartanah yg terkesan. Segmen manakah?

2. Tak perlu jadi pakar hartanah utk teka dgn tepat. Susah tentu hartanah yg terlibat dengan industri pelancongan. Belum ada laporan rasmi tetapi laporan2 berita berikut menampakkan kesannye pasti terasa.

3. Semalam persatuan hotel melaporkan bahawa ahli2 mereka kerugian rm40juta (Rujukan 1). Hampir 96,000 tempahan dibatalkan oleh pelancong. (Rujukan 2). Pelancong negara asing dan tempatan takut nak travel dah.

4. Mungkin ada yg rasa ni kesan pada hotel. Takde kena mengena dgn hartanah. Kesan ini pastinye terasa juga pada geng2 homestay. Cumanye homestay yg memang target pelancong asing yg lebih terkesan banding yg target pelancong tempatan. Malah, VM2020: Visit Malaysia 2020 pun nak fokus kepada pelancong2 tempatan dah sekarang. (Rujukan 3)

5. Industri pelancongan memang teruk terjejas. Sehinggakan mereka nak lobi kepada kerajaan supaya tangguhkan gaji minima utk pekerja2 dalam sektor itu (Rujukan 4).

6. Kesan koronavirus ni lagi besar drpd isu hartanah semata2. Kerajaan Malaysia sendiri akan umumkan pakej stimulus ekonomi utk ransangkan balik ekonomi kerana kesan virus ini kepada ekonomi secara keseluruhan. Selalunye pakej stimulus ni dibuat masa ada krisis ekonomi. Tapi akan diumumkan hujung bulan ninatau bulan depan. (Rujukan 5)

7. Malah bank terbesar di Malaysia Maybank dah umumkan mereka akan bagi bantuan kepada syarikat2 yg hadapi impak besar drpd koronavirus dalam bisnes mereka (Rujukan 6). Public Bank bagi moratorium atau pengecualian kepada bayaran komitmen bulanan bank selama 6 bulan (Rujukan 7). Kalau individu tu tak ada bantuan2 khas ye.

8. Dahsyat kesan satu virus kepada industri hartanah n ekonomi Malaysia. Bukan sahaja Malaysia. Tapi hampir seluruh dunia. Geng2 homestay perlu bersedia utk keadaan ini berpanjangan dan fikirkan strategi utk menangani situasi ini.

9. Syukur keadaannye terkawal di Malaysia. Rakyat Malaysia kena berhati dari segi kesihatan dan kebersihan diri. Dan juga hati2 dalam menyebarkan cerita2 tentang virus ni jugak. Semoga kesannye kepada ekonomi n industri hartanah terkawal. Dan semoga Allah bagi jalan keluar drpd masalah virus ini.

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

Rujukan:
1. The Edge Prop 10 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/hotels-malaysia-report-loss-rm40m-revenue-due-wuhan-virus?type=malaysia
2. The Star Online 10 Feb 2020
https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/564375/amp
3. The Edge Markets 11 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/vm2020-maintains-target-shifts-focus-domestic-asean-tourists-offset-china-shortfall
4. The Edge Markets 10 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/tourism-players-call-delay-minimum-wage-implementation?type=malaysia
5. The Edge Markets 11 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/guan-eng-stimulus-package-be-unveiled-early-march-latest?type=malaysia
6. The Edge Markets 10 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-offers-financial-relief-clients-impacted-wuhan-virus?type=malaysia
7. The Edge Markets 10 Feb 2020
https://www.theedgemarkets.com/article/public-bank-offers-clients-affected-coronavirus-sixmonth-moratorium-loans?type=malaysia

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp