fbpx

Lagi Untung Sewa Laa..


Ilmu penting dalam poin no. 6!

1. Dengan kenaikan harga rumah yg lebih laju drpd kenaikan gaji pekerja, satu trend baru sedang menjelma. Permintaan sewa makin meningkat.

2. Sebahagian besar drpd penyewa di bandar bandar adalah dalam kalangan orang muda yang baru grad dan baru bekerja. Dilaporkan hampir 70% penyewa dalam kategori itu termasuk golongan mereka dari outstation. (Rujukan 1: Previndren Zerin Properties)

3. Harga rumah yg semakin mahal dan diluar kemampuan rakyat bekerja menjadikan sewa itu sebagai satu2 opsyen. Ini kerana mereka sudah tiada pilihan. Kalau dilihat di kawasan2 hot seperti PJ dan Kelana Jaya, kondo dalam lingkungan rm600k dan bayaran bulanan rm3k. Ini bermaksud gaji orang yg mampu beli ialah dalam rm9k kalau kita ikutkan ratio selamat 30-35% drpd pendapatan bulanan.

4. Yg menariknye, menyewa kat situ jadi lebih murah drpd memilikinye kerana kondo2 kat situ boleh disewa pada kadar rm2k. Jadi lebih bijak lah orang yg menyewa drpd membeli. Beza rm1k tu boleh dilaburkan pula ke pelaburan2 yg lain seperti unit trust etc yg boleh bawa pulangan utk si penyewa. (Rujukan 1: Sr Foo CBRE WTW)

5. Sudah tentu penyewa tu ada satu risiko iaitu dihalau pemilik bila rumah tu nak digunakan utk tujuan lain seperti anak2 pemilik pulang dari overseas etc. Tetapi dari segi wang ringgit, menyewa di sesetengah lokasi ni lebih bijak drpd membeli!

6. Itu sebabnye Ahyat selalu tekankan tentang entry. Entry ni ada 3 bahagian: entry lokasi mana kita nak beli, entry produk apa yg kita nak beli di lokasi itu, dan pada entry harga apa kita masuk. Kalau entry betul, semua jadi betul. Kalau entry salah, semua jadi salah.

7. Kalau bercerita tentang entry harga yg kita masuk tu mestilah bmv atau below market value. Tapi ini pun selalu tersilap. Adakah below market value atau bbv below bank value. Kalau silap entry harga ni pun boleh jadi masalah besar untuk exit.

8. Inshaa Allah inilah antara ilmu penting dalam program group coaching akan datang pada bulan Julai nanti. Ada 1 batch student Ahyat yg akan selesaikan belajar ilmu fundamental semalam n hari ni sebelum jumpa semula bulan depan. Semoga lebih ramai lagi berpeluang belajar ilmu2 penting ini utk jadi hebat dalam gelanggang hartanah!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp