fbpx

Lindung Dalam Pelaburan Hartanah

Anda dah ada rumah. Anda berhutang ratus ribu ringgit dengan bank. Sudah tentu dalam apa jua keadaan, anda sudah terikat ketat selama 30 tahun untuk melangsaikan hutang bank tersebut.

Malang tidak berbau dan malang juga tidak diminta. Seharusnya kita wajib melindungi hutang bank ini, supaya kita mampu membayar bulanan pembiayaan hartanah.

Kebiasaannya, pihak bank ada memberikan pakej perlindungan pembiayaan hartanah kita. Ia meliputi apabila kita mati dan hilang upaya kekal. Wang pampasan yang diperolehi boleh melunaskan hutang bank kita. Ada keadaan, dimana kita tiada perlindungan yang dipanggil MRTT dan adakalanya hanya cover 5 tahun sahaja.

Apa akan berlaku sekiranya kita meniggal dunia mahupun xcident yang menyebabkan kita hilang upaya kekal? Jika ada perlindungan, waris/kita akan dapat pampasan dan hutang bank akan langsai, itupun jika ia mencukupi.

Sekiranya kita kena Sakit Kritikal, bagaimana pula? Sakit kritikal ini meliputi 36 jenis penyakit. Yang biasa kita dengar ialah Kanser. Tahu-tahu ajer dah stage 3/4. Pada ketika itu, kita tetap kena bayar hutang bank.

Ditambah pula, pasangan kita perlu menjaga kita dan ini akan menyebabkan sumber pendapatan kita terputus.

Kita sering fikir, kita ada medical card. Medical card merupakan priority ke 3 dalam perlindungan pelaburan hartanah.

Medical card cover bil hospital kita. Jika dirujuk kembali polisi, ada medical card yang memberikan pampasan sakit kritikal yang rendah. Jika bil hospital boleh kita selesaikan, bagaimana pula income yang selalu kita dapat itu terputus…

Perkara ini harus kita lihat kembali. Perkara utama ialah pampasan tunai sekiranya kita meninggal dunia perlu ada. Walaupun kita sudah ada MRTT tetapi dengan adanya pampasan tambahan, wang tunai itu boleh digunakan untuk kehidupan seharian mereka yang kita tinggalkan sebab kita boleh hibahkan kepada mereka yang tersayang.

Begitu juga dengan pampasan tunai apabila kita sakit kritikal. Kita dapat wang tunai yang mampu mengantikan income bulanan kita termasuk income mereka yang menjaga kita. Ini mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku.

Anda nampak akan kepentingan pampasan tunai yang perlu kita perolehi sekiranya kita sakit kritikal, hilang upaya kekal atau mati? Berapa pampasan yang diperlukan supaya anda selesa ketika bermasalah.

Jom saya kirakan, berapakah pampasan yang maksimum yang patut anda perolehi dengan bayaran bulanan yang paling minimum. Lagi muda anda memiliki perlindungan, lagi tinggi pampasan yang akan anda perolehi.

Jom wasap untuk kita bincang & kirakan bulanan yang minimum serendah RM 100 ke RM 200 bergantung kepada jumlah hutang bank yang anda ada.