fbpx

LP MHPU

FORMULA EMPAYAR USAHAWAN


FB Cover FEU-01

Perhatian:

Usahawan yang mahu 10x gandakan kekayaan dengan pelaburan hartanah

3 KUNCI AJAIB ANDA PERLU TAHU DALAM “FORMULA EMPAYAR USAHAWAN” KALI INI SUPAYA DAPAT BINA EMPAYAR BISNES DAN BINA EMPAYAR HARTANAH!

AMARAN! Formula Empayar – Usahawan ni khas untuk mereka yang berniaga. Bukan untuk usahawan yang sales bawah RM30k sebulan.. Bukan untuk yang bisnes kurang 1 tahun.. dan bukan untuk bisnes yang dah bina empayar hartanah bernilai jutaan ringgit!!

Orang berniaga memerlukan formula yang berbeza berbanding orang makan gaji. FEU bakal membongkarkan FORMULA [E] yang terbukti berkesan khas buat orang berniaga. FORMULA [E] ini akan memberikan 3 kunci ajaib yang bakal membantu orang berniaga membina empayar bisnes dan empayar hartanah.

• KUNCI 1: BINA PROFAIL
• KUNCI 2: BINA PORTFOLIO
• KUNCI 3: BINA EMPAYAR
Daftar sekarang untuk bina empayar bisnes dan empayar hartanah anda!
Jika anda rasa layak untuk belajar Formula [E] dan jadi usahawan yang bakal membina empayar bisnes dan empayar hartanah, daftar di sini!
Nama
Emel
No.HP
Jenis Bisnes
Tempoh Berbisnes
Jualan Sebulan

LOCK SEAT Anda Di Sini

“MENGAPA ANDA SEBAGAI USAHAWAN MESTI TAHU FORMULA [E] NI SEKARANG, DAN JANGAN BERLENGAH LAGI?”
Adakah anda sedar bahawa,
… Orang berniaga ni kalau ikutkan pendapatan sepatutnya lebih besar daripada orang makan gaji. Tapi orang berniaga lagi susah nak lulus loan!

… Orang berniaga ni dah lama berniaga tapi tak ada apa-apa aset bawah nama sendiri ataupun nama syarikat!

… Orang berniaga masih menyewa premis perniagaan dan tiap-tiap tahun kena buli dengan pemilik bangunan dengan kenaikan sewa!

… Orang berniaga tertekan dengan masalah aliran tunai kerana tak tahu cara mudah untuk bina telaga duit yang boleh jadi bank sendiri ketika aliran tunai tenat!

… Orang berniaga yang dah boleh beli hartanah tersilap lah pulak beli hartanah yang tak bagus dan akhirnya jadi raksaksa penyedut duit pemilik perniagaan dan duit syarikat!

… Orang berniaga yang dah tersilap strategi makin kusut hidup kerana tak reti nak menguruskan hartanah yang dibeli

… Orang berniaga tak tahu bagaimana nak cipta enjin turbo kedua untuk melajukan keupayaan dia buat duit

“BAGAIMANA NAK BINA EMPAYAR HARTANAH DAN ELAK KESILAPAN DALAM HARTANAH?”
Kalau tersilap beli henfon boleh rugi RM3,000 tapi kalau tersilap beli hartanah boleh rugi RM300,000, atau RM3,000,000!

Semua masalah-masalah dan halangan-halangan di atas adalah yg sama dengan apa yang saya hadapi 16 tahun lepas semasa bermula beli hartanah pada tahun 2003. Saya membeli hartanah pertama, servis apartment di Cheras Business Centre, Cheras semasa berumur 24 tahun. Masa tu langsung tak ada ilmu hartanah dan ilmu kewangan. Main redah je.

Masa tu saya beli hartanah pertama dengan profail peribadi dengan pendapatan melalui salah satu syarikat Sdn Bhd. Permohonan kat bank pertama kena reject. Masa tu awal tahun 2003, masa saya masih berumur 23 tahun. Terasa sangat hina. Apa lah salah saya loan tak lulus. Hina sangat ke saya. Masa tu gaji tak sampai RM2,000 nak beli apartmen harga lebih kurang RM100,000.

Ini pun setelah 4 tahun mula berniaga pada tahun 1999. Saya dah mula berniaga nasi campur dengan mak sejak di university lagi. Masa tu ambil IT kat Bangi dan kedai makan kat Puchong. Mujur selepas tu, bila disusun dokumen dan kewangan dengan lebih kemas, hujung tahun 2003 tu ketika berusia 24 tahun, loan lulus jugak. Rasa macam nak kenduri kesyukuran time tu!

Lepas tu saya ada impian nak beli shoplot untuk bisnes. Tapi memang loan tak lepas. Bisnes dah makin maju tapi masih tak mampu nak beli shoplot. Masa tu, lebih kurang tahun 2005-2007, harga shoplot 3 tingkat kat Cheras pun baru RM600k ke RM700k. Bayangkan masa Itu pun tak mampu nak beli.

So sebelum mampu nak beli shoplot, saya beli beberapa apartment untuk tujuan sewa. Macam-macam masalah saya temui. Masa tu tak dapat belajar daripada siapa siapa. Banyak masalah penyewa yang saya hadapi. Penyewa tak bayar sewa. Penyewa rosakkan rumah. Penyewa foreigner yang buat masalah. Itu yang ada penyewa. Ada jugak rumah yang langsung tak dapat penyewa kerana ada beli unit apartment yang tak bagus lokasi dan kedudukannya.

Lepas-lepas tu ada beli lagi hartanah jenis kediaman dan komersil yang tak meningkat nilai dan kadar sewa yang tak bagus.

Tapi semua pahit perit peringkat awal tu rupa-rupanye pengajaran yang tak ternilai. Memaksa saya mencari ilmu ni. Jumpa la beberapa orang sifu hartanah berbangsa Cina. Macam mana masa tu sifu-sifu hartanah berbangsa Cina kata hartanah ni bagus. Nampaknya saya memang tak boleh main cuba-cuba dalam game hartanah ni. Sangat bahaya.

Masa itu saya buat keputusan menuntut ilmu dengan sifu-sifu hartanah kebanyakan daripada mereka berbangsa Cina. So saya mula aktif dengan investor groups mereka dan banyak kutip ilmu hartanah yang power-power. So masa tu dah ada keyakinan dalam game hartanah dan mula membeli dengan strategi dan taktik yang lebih hebat.

“TAPI.. rupa-rupanya dalam game hartanah ni
kalau setakat dah 5-6 tahun belum boleh nak berlagak pandai.
Saya ditimpa kecelakaan dalam hartanah!”

Oleh kerana satu kesalahan bodoh, saya telah rugi RM60k dalam satu transaksi hartanah. Masa tu saya tak jaga timeline masa dan diwakili seorang peguam yang baru dan masih lemah dalam Kungfu hartanahnya. Pendekkan ceritanya, penjual apartment tu burn kan duit deposit 2 unit apartment nye dan terbatal la pembelian itu. Masa tu saya masih teringat bagaimana saya menangis kat carpark sebuah shopping mall semasa merayu dengan penjual itu. Tapi apa kan daya, menangis tu tak ada apa-apa makna pun. Saya terpaksa belajar bahawa game hartanah ni brutal kalau tak betul-betul hormati tertib dana dan perjanjian-perjanjian penting.

“… daripada pengalaman-pengalaman inilah
yang saya kuatkan ilmu saya dan lengkapkan Jemaah saya dengan penasihat-penasihat yang terhandal dalam market!

Dan akhirnya saya temui apa yang saya namakan: FORMULA [E]!”

So formula ni saya apply kat diri sendiri dan dapat bina empayar hartanah di samping membina empayar bisnes.

Kini saya dapat gunakan hartanah bukan sahaja sebagai strategi pelaburan tetapi menggunakan hartanah sebagai strategi perniagaan. Bila hartanah yg betul dibeli untuk tujuan dan masa yang sesuai, hartanah itu dapat menjadi penyelamat kepada bisnes kita.

Sebagai contoh, hartanah dah selamatkan bisnes saya ketika ‘kemarau’ aliran tunai. Kemarau ni bermaksud bila dah takde tabung nak pecahkan, dah hampir-hampir terpaksa meminjam dengan along. Mujur ada telaga duit yang dicipta daripada hartanah-hartanah. Mujur ada hartanah yang boleh dijual ketika dalam keadaan kesempitan duit dan bisnes memerlukannya untuk bayar gaji bulanan, dan ketika bisnes nak expand. Masa tu bank tak bagi bisnes loan tapi dapat cara lain.

Sekarang, lebih strategik bila nak menyusun langkah untuk bina empayar hartanah yang terus menjana pendapatan sewa yang kuat dan pada masa yang sama terus meingkat nilai.

Bila dah semakin berpengalaman menguruskan penyewa, saya temui Teknik-teknik mudah untuk mewujudkan sistem untuk menguruskan penyewa dengan lebih sistematik. Sistem fail dan SOP kerja dan tugas team dah ada. Jadi nak bela hartanah tak jadi masalah.

Kini saya mengajar FORMULA [E] ni kepada lebih ramai usahawan. Usahawan-usahawan sibuk lah yang paling sesuai nak labur dalam hartanah berbanding pelaburan-pelaburan lain dalam pasaran sekarang. Hartanah lebih steady banding asset class yang lain.

Ramai usahawan dah menggunakan FORMULA [E] yang saya temui melalui pengalaman dan pembelajaran sendiri dan melalui mentor-mentor.

TESTIMONI KEJAYAAN USAHAWAN
Hafiz Halin, Pahang – Tauke Chendol Gemok pun boleh beli 3 rumah?

WhatsApp Image 2019-03-21 at 3.17.54 PM
Sebelum ini, saya tidak tahu apa-apa tentang hartanah. Totally ZERO knowledge. Tak pernah dengar tentang rental yield, ROI untuk hartanah, booster, interest rate, bank charge dan sebagainya. First property saya hanya sign! Tapi, saya ingin belajar. Saya nak menuntut ilmu. Selepas bertemu dengan Tuan Ahyat, baru saya nampak rupanya boleh buat keuntungan dengan hartanah.

Paling terkesanpada saya selepas belajar dengan Tuan Ahyat adalah tentang Masterplan. Selama ni tak ada plan langsung tentang hartanah. Saya tak tahu cara beli hartanah dengan betul, selamat & bertanggungjawab. Selepas berbincang bersama isteri, mengambil kira kemampuan kami berdua sebagai pasangan suami isteri.. Alhamdulillah, kini saya sudah memiliki 3 buah rumah dan salah satunya memberikan pulangan / rental yield sebanyak 21% kepada saya. Sekarang, saya sudah mula agresif dalam pelaburan hartanah di dalam COG (Centre of Gravity), jadi saya tidak melabur dalam sebarang hartanah dan memastikan saya hanya memilih hartanah yang betul-betul akan memberikan pulangan sahaja.

Saya masih lagi dalam proses menuntut ilmu hartanah bersama sifu-sifu yang lain dan tak akan pernah berhenti.

Roshila, Kuala Lumpur – Comission earner beli lebih 12 hartanah

WhatsApp Image 2019-03-21 at 3.07.12 PM
Perkara yang saya belajar hanya dengan Tuan Ahyat adalah mobile tools untuk buat survey hartanah. Tanpa turun padang boleh survey hartanah dan tahu apa patut kita kumpul maklumat sebelum turun padang tengok hartanah.Yang paling penting, Tuan Ahyat sedarkan saya tentang ketakutan dalam hartanah, bukan kebaikan sahaja yang perlu diketahui dlm hartanah ni. Ramai sifu di luar sana hanya cerita yang bagus sahaja, sedangkan dalam hartanah banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Dengan amaran ini, saya start plan preventive measures supaya saya betul-betul boleh beli hartanah dengan selamat.

Alhamdulillah Syukur, hanya Allah yang boleh balas jasa Tuan Ahyat. Saya bukan orang yang berani untuk ambil keputusan dalam hartanah, walaupun pernah belajar dengan ramai sifu hartanah yang lain. Matematik hartanah yang saya belajar bersama Tuan Ahyat, banyak membantu saya buat keputusan dan ambil tindakan dalam hartanah.

Tuan Ahyat juga telah membuka minda saya dalam booster2 hartanah. Selalunya saya banyak mendengar orang cakap, tetapi selepas belajar dengan Tuan Ahyat, saya start buat betul-betul survey sendiri dan percaya dengan maklumat yang dicari menggunakan tools dan list yang Tuan Ahyat ajar. Banyak sangat perbezaan. Dalam hartanah jangan dengar cakap orang, percaya pada matamatik hartanah. Perkataan ini sentiasa ada dalam kepala saya. Ini ayat keramat Tuan Ahyat yan saya lekatkan dalam kepala sehingga sekarang.

Selepas belajar, baru saya sedar saya telah book hartanah yang salah. Nasib saya baik, saya sempat cancel booking. Selepas itu, Alhamdulillah saya beli 5 hartanah atas nama saya dan adik-adik pada 2017. 4 hartanah pada tahun 2018 dan sekarang saya dah tambah sehingga 15 hartanah (6 masih belum dapat kunci- 2019 submitted). Ada subsales ada undercon, 90% subsales.

Saya sangat-sangat berharap Tuan Ahyat dapat permudahkan lagi ramai orang kita untuk ada kesempatan dapat ilmu hartanah. Mungkin online class atau dalam bentuk video. Saya sangat berharap juga jika boleh membantu Tuan Ahyat kerana perjuangan Tuan Ahyat sangat-sangat saya hargai. Moga Tuan Ahyat teruskan buat kelas dan lebih ramai orang Melayu dapat belajar dan beli hartanah dengan bijak.

Nik Shairazi, Pahang – Usahawan excited nak beli hartanah pertama!


WhatsApp Image 2019-03-21 at 12.08.43 PM
Saya mula buat bisnes 2 tahun yang lepas dan belum pernah lagi membeli hartanah. Kawan-kawan semua rekomen untuk folo Ahyat dekat-dekat dan saya ikuti semua perkembangan hartanah dari FB Ahyat. Dari situ, saya mula berjinak-jinak dan mengikuti kelas Ahyat secara formal. Selepas kelas, saya nampak dengan lebih jelas “masterplan” untuk bersara lebih awal, ada circle yang positif dan paling penting, dah nampak cara nak strukturkan balik kewangan untuk beli hartanah yang pertama.

Ahyat kenalkan saya dengan circle yang betul supaya tak buat kesilapan dalam kewangan, contohnya mortgage consultant,pakar insurance & hibah serta kenal kawan dari pelbagai bidang tapi ada objektif yang sama dengan saya dalam pelaburan hartanah.

Saya kini dalam proses untukmembeli rumah pertama dgn harga di bawah market value dan duplicate strategi untuk hartanah yang kedua dan seterusnya.

Remy Flerr – Boost Ilmu Hartanah Untuk Usahawan


WhatsApp Image 2019-03-22 at 21.13.48
Bermula dari Simposium Hartanah, saya berkenalan dengan Tuan Ahyat dan mula sedar tentang ilmu hartanah. Saya kini lebih peka tentang penjagaan aset sebelum melabur. Perkara penting yang pertama adalah kapital @ kewangan, jadi dari situ saya mula fikirkan bagaimana untuk bekerjasama bersama team Tuan Ahyat. Di Flerr, kami mempunyai lebih kurang 25 orang smart partners dan mereka ini sedang dibantu oleh team Tuan Ahyat Ishak bagaimana nak menjaga status kewangan dan melabur dalam bidang hartanah dengan cara dan teknik yang betul.

Alhamdulillah, saya sudah berjaya melabur dalam 2 unit hartanah dan saya berharap, Tuan Ahyat akan terus membantu usahawan-usahawan untuk lebih sedar kepentingan pelaburan hartanah dalam perniagaan mereka dan boost lagi ilmu-ilmu baru kerana kepakaran beliau tidak dinafikan, memang memberikan impak yang positif kepada ramai orang.

3 KUNCI AJAIB Yang bakal saya bongkarkan dalam FEU Yang pertama diadakan dalam sejarah

# KUNCI 1: BINA PROFAIL – Mudahnya orang berniaga bina profail kredit supaya dapat lulus loan rumah untuk beli atau labur hartanah. Ramai terkandas tak lepas loan untuk rumah pertama kerana tak dapat jumpa kunci penting ni

# KUNCI 2: BINA PORTFOLIO – Mudahnya orang berniaga nak ‘beli’ hartanah gred emas dan mudahnya orang berniaga nak ‘bela’(manage) rumah itu supaya tak membebankan. Ramai yang terkandas kerana tersilap beli dan kusut menguruskan hartanah

# KUNCI 3: BINA EMPAYAR – Mudahnya orang berniaga bina empayar hartanah sambal bina empayar bisnes mereka, tanpa menggugat bisnes sediada. Ramai yang terkandas bila hartanah tak bantu meningkatkan kekuatan kewangan mereka

Formula [E] adalah satu formula yang saya sendiri cipta
Berdasarkan pengalaman sendiri dan daripada research dan Analisa
Teknik dan strategi terbaik daripada mahaguru-mahaguru hartanah
Yang dah 30 hingga 40 tahun dalam dunia hartanah.
Semua ini saya akan dedahkan dalam Formula Empayar Usahawan
AMARAN!
Ahyat dah biasa buat MPH: Mega Pejuang Hartanah yang general untuk 1,000 orang. Kali ni kelas dalam bilangan yang lebih kecil supaya lebih focus dan personal buat usahawan-usahawan yang hadir.

Tapi terus terang ianya bukan untuk semua orang! Ianya HANYA untuk usahawan atau apa yang saya kategorikan sebagai orang yang berniaga. Maybe dia ada kerja tetap dan ada buat bisnes untuk duit tepi. Maybe dia memang berniaga sepenuh masa. Maybe dia ada enterprise ataupun ada Sdn Bhd.

Program ni bukan untuk sebarang usahawan juga tau. Saya nak tunjukkan Teknik-teknik ni kepada usahawan-usahawan yang dah ready je. Usahawan-usahawan ni mesti ada kekuatan jualan bulanan lebih RM30k sebulan dan juga sudah lebih 1 tahun.

Strategi-strategi yang Ahyat share nanti akan buat ramai usahawan terkejut kerana tak sangka begitu mudah difaham dan mudah dibuat nanti.

FEU untuk anda jika …
TAK TAHU CARA NAK MULA
Ramai dah mula sedar tentang kehebatan pelaburan hartanah. Tapi ramai yang tak tahu bagaimana nak mulakannya. Ramai yang merana, sengsara dan terbeban kerana buat salah di peringkat langkah awal! Kalau anda nak belajar beli hartanah dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab, inilah program yang paling sesuai untuk anda!

TAK ADA MODAL
Ramai yang ingat perlu banyak duit nak melabur dalam hartanah. Sebenarnya banyak cara nak beli hartanah dengan modal yang kecil atau beli tanpa modal. Kalau ilmu hebat, strategi jadi hebat!

TAKUT KRISIS EKONOMI!
Adakah kita di ambang krisis? Krisis ni akan datang tanpa diduga. Ia akan datang bila kita tak bersedia! Ramai yang tanya boleh ke beli hartanah dalam keadaan ekonomi sekarang? Apa yang akan berlaku dalam krisis ekonomi yang akan datang? Bagaimana nak jaga diri daripada bahaya? So memang kita nak kena tahu apa perlu dibuat dalam krisis!

TAK TAHU MANA HARTANAH BAGUS
Ramai yang bertanya apa kriteria hartanah yang bagus? Yang layak untuk dibeli untuk pelaburan? Adakah lihat lokasi je? Apa lagi yang perlu diambil kira? Sebenarnya mencari aset terhebat ni ada tekniknya!

ADA BLACKLIST DAN PROFIL KEWANGAN HANCUR
Ramai orang kita ada buat kesilapan kewangan. Kesilapan ini sebabkan profil kewangan kita tidak cantik. Bank tidak mahu bagi loan untuk beli hartanah. Ada teknik mudah untuk bersihkan atau elakkan keadaan ini berlaku!

STUCK NAK BELI RUMAH / SHOP LOT SETERUSNYA?
Pelabur hartanah ramai sangkut kat rumah kedua / shop lot. Dah tak boleh beli lagi yang seterusnya. Ramai tak sedar ada cara yang bolehkan kita terus membeli hartanah!

FEU bukan untuk anda jika …
TAK MAHU BELI HARTANAH DENGAN BIJAK, SELAMAT DAN BERTANGGUNGJAWAB!
Ada je ramai sifu lain kat Malaysia ni. Ramuan Ahyat 3 benda tu: bijak, selamat dan bertanggungjawab. Kalau tak nak ikut 3 cara tu, takpe. Ahyat tak paksa pun. Boleh je belajar beli hartanah dengan cara TERLALU AGRESIF dan BAHAYA. Memang program ni bukan untuk anda!

ANDA EGO-SOMBONG
Ye la kan, biasa sangat dah dengan dunia hartanah.. Dah belajar dari macam2 ‘mazhab’ dan ’tribe’. Rasa ilmu dah tak perlu dicari, tak perlu berguru dah.. So tak perlu belajar lagi.. Tapi Ahyat tahu anda tak macam tu kan?! Yang tengah baca ni humble orangnya!

ANDA MALAS
Malas? Tak suka nak belajar? Rasa better upah orang jer cari hartanah untuk anda? BAHAYA! Orang macam ni memang x dapek nak dibantu. Bila terjerat dan terpenjara terbeli raksaksa jangan salahkan orang lain ya!

INVESTER LEBIH DARI 100 HARTANAH
Kalau setakat dah beli 10, 20 tu pun sepatutnya nak kena belajar balik ilmu pendinding dan ilmu2 yang Ahyat bakal ajar nanti! Kalau dah pernah beli hartanah dan semuanya bergred pelaburan dan tak pernah buat salah terbeli raksaksa penyedut duit, tak perlu belajar dah ni!

ANDA TAK SABAR
Ada orang ingat, Ahyat sediakan ILMU AJAIB yang boleh buatkan semua jadi jutawan hartanah dengan SEKELIP MATA! So so sorry! Gelanggang hartanah tak macam tu. Perlukan kesabaran! Kesabaran berguru, kesabaran belajar, kesabaran menulis, kesabaran bertindak dan kegigihan berjuang!

FORMULA EMPAYAR HARTANAH

17 April 2019, Rabu
9.00 pagi – 6.00 petang
Wisma Rehda

>>Daftar<<|30 April 2019, Selasa 8.30 pagi – 5.30 petang EcoWorld Gallery @ Eco Tropics, Pasir Gudang >>Daftar<<[/pbuilder_tabs]

Siapa Ahyat?
Kepakaran saya membantu usahawan dan bakal usahawan meletuskan kuasa kewangan mereka dengan pelaburan hartanah yang bijak dengan menggunakan Strategi Pejuang Hartanah.

Saya seorang usahawan dan seorang pelabur hartanah sepenuh masa. Saya mulakan perniagaan pertama saya sejak tahun 1999 semasa dalam universiti dan beli hartanah saya yg pertama pada tahun 2003.

Kini, saya memiliki lebih 10 syarikat dan secara keseluruhan memiliki lebih 50 hartanah. Saya ada pengalaman beli hartanah under-con, subsale dan lelong dari pelbagai kategori hartanah jenis rumah, komersil dan retail. Saya membeli semua hartanah ini dengan menggunakan Teknik 5 Naga iaitu menggunakan nama individu dan syarikat.

Saya sering diundang memberi ceramah tentang hartanah di dalam dan luar negara. Saya juga sering diundang utk menyumbang artikel di suratkhabar, majalah dan media online. Juga biasa ke udara di radio dan TV utk berkongsi ilmu keusahawanan dan hartanah.

Saya tidak menjual hartanah. Saya bukan seorang ejen hartanah. Namun saya amat sanjung ejen hartanah kerana banyak bantu saya dalam perjalanan sebagai pelabur hartanah.

Saya adalah seorang pengembara hartanah. Saya sudah menganjurkan Kembara Hartanah saya di dalam dan luar negara. Kembara ini telah membawa ke lebih 10 negara di Eropah, Australia dan Asia.

Selepas 8 tahun melabur hartanah, saya mula mendidik masyarakat tentang ilmu hartanah pada tahun 2011, mulanya dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2013, saya banyak memberi pengkhususan kepada penyampaian ilmu hartanah dalam bahasa Melayu supaya ilmu ini dapat sampai terus kepada orang kita yg sangat dahagakan dan sangat memerlukan ilmu ini.

Kini, saya mendidik usahawan dan bakal usahawan cara melabur hartanah dgn bijak dan selamat melalui program2 dan produk2 cetak n digital saya. Program2 saya ada dianjurkan setiap bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan, seperti Mega Pejuang Hartanah, Gempur Hartanah, Kembara Hartanah, Group Coaching dan banyak lagi.

Impian saya untuk melihat orang kita dapat menjadi pemilik hartanah di tanahair sendiri. Itu sebabnya saya mengasaskan komuniti Pejuang Hartanah, yang memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu. Saya juga mengimpikan penubuhan Pejuang Hartanah Academy yang memberikan pendidikan hartanah dan keusahawanan secara mampu kepada golongan berpendapatan rendah dan OKU. Semoga kita dapat sama2 berjuang dan menjadikan impian ini satu realiti!

SELAMAT BERJUANG!


WhatsApp Image 2019-03-12 at 10.47.43 (7)

WhatsApp Image 2019-03-12 at 10.47.43 (10)

WhatsApp Image 2019-03-12 at 10.47.43

WhatsApp Image 2019-03-12 at 10.47.43 (2)

Jpeg

WhatsApp Image 2019-03-12 at 10.47.43 (8)
Ok, dah ready nak take action.
– Seat paling depan
– Priority entry
– VIP tag & lanyard
– Woven bag
– Nota Pejuang Hartanah
– Peta HSR x 1 set
– Audiobook 40 Pesanan Ahyat Ishak
– RecordingFormula Empayar Usahawan x1
– Video Case Study x2
– Packed lunch
– Pejuang Hartanah Circle FREE Membership

– Seat belakang peserta VIP
– Nota Pejuang Hartanah
– Peta HSR x 1 set
– Audiobook 40 Pesanan Ahyat Ishak
– Video Case Study x2

DISCLAIMER:
– Selepas pembayaran, sebarang refund TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
– Jika peserta tidak dapat hadir pada hari program, anda TIDAK DIBENARKAN untuk “carry forward” tiket pada program yamg seterusnya. Jika ingin menggantikan dengan peserta baru, sila berbuat demikian sebelum 8 April 2019.
– Sebarang PENUKARAN/PENGANTIAN selepas 8 April 2019, akan dikenakan penalti RM50.
– Sebarang pertukaran tarikh, masa dan lokasi tertakluk kepada pihak pengurusan Pejuang Hartanah. Segala kos yang ditanggung adalah atas tanggungjawab peserta.

P/S: Dapatkan tiket Early Bird sebelum harga naik selepas ini..

DAFTAR DAN BINA EMPAYAR ANDA SEKARANG!

Pertanyaan:
Hana: +6012-341 8631 | hana.h@ilhamtraining.com
Sofia: +6019-385 8996 | sofia.rosalie@ilhamtraining.com

Penganjur:
Logo: Pejuang Hartanah
Logo: Ahyat Ishak

Rakan Strategik:
Logo: Ecoworld