[ NASIHAT AHYAT ]
Poin no 8 tu yang buat Ahyat terbeliak mata!
Semalam Ahyat dapat private coaching dengan pasangan suami isteri ni yang datang dari jauh. Mereka student TIP: The Investor Program. Mereka ada di KL so Ahyat luangkan masa untuk bantu mereka dalam masterplan hartanah mereka. Kerana mereka sanggup, hari Ahad dalam long weekend pun Ahyat sanggup je.
1. Suami Isteri Saling Melengkapi
Ahyat sangat gembira melihat pasangan suami isteri ni. Mereka adalah rezeki terhebat Allah berikan. Saling melengkapi. Teamwork yang amazing. Masing-masing lakukan bahagian masing-masing untuk berikan yang terbaeks untuk keluarga. Ahyat dah coaching ramai kapel. Tak semua ada teamwork macam ni.
2.Sepakat Satu Matlamat
Ahyat juga sangat happy melihat pasangan ni bukan sahaja ada teamwork tapi ada 1 matlamat yang sama. Mereka buat keputusan bersama dan sepakat untuk berusaha menuju matlamat itu. Ramai pasangan yang Ahyat coaching sebelum ini, ada 2 hala tuju masing-masing. Susah lah nak berjaya bersama-sama sebagai satu unit keluarga.
3. Takde orang Lain Boleh Tolong
Sebelum Ahyat nak bagi nasihat, Ahyat kena jelas dengan dua perkara. Di mana mereka berada sekarang. Ke mana mereka nak pergi. Kalau tak tahu 2 perkara ni mahaguru tahap dewa dewi pun tak termampu nak bagi nasihat. Yang bagusnye, pasangan suami isteri ni sangat jelas dengan 2 perkara ni. So mudah la kami berbincang action plan yang perlu dibuat.
4. Lebih jelas Bila Bincang Duit
Segala keputusan hartanah adalah keputusan duit. Ramai orang bila nak atur strategi hartanah, terlupa pasal benda ni. Memang tak betul lah jadinye keputusan2 yang diambil nanti. Bila Ahyat jelaskan action plan berdasarkan wang ringgit, semua jadi jelas kepada pasangan ni.
5. Bila Tulis Lebih Jelas
Semua kena tulis. Semua kena ada tempat dalam masterplan hartanah. Bila Ahyat lukis dengan terperinci, barulah boleh nampak dengan jelas. Kadang-kadang Ahyat pun takde jawapan untuk masalah mereka, tapi kerana masterplan dah nampak jelas, mereka sendiri nampak jalan keluar.
6. Action Plan 4 Rumah
Pasangan ni ada 4 rumah. Action plan berbeza untuk setiap rumah. Setiap rumah ada plan A plan B plan C. Kalau jual? Kalau simpan? Kalau refinance? Kalau fully furnish? Kalau kalau kalau.. ‘Kalau’ ni dibenarkan dalam Islam bila kita merancang. ‘Kalau’ ni salah bila kita sebut selepas berlaku satu-satu perkara. So better kita plan segala kemungkinan dulu.
7. Ahyat Mintak Beli 2 Rumah
Berdasarkan kemampuan pasangan ni, mereka selamat untuk beli 2 rumah lagi. Harga entry dah tahu dan exit plan pun dah plan. Ini baru lengkap. Jalan masuk dan jalan keluar dah siasat dulu sebelum bertindak.
8. Ini Kalilah! Kali Inilah!
Tapi masa semakin singkat dalam masterplan mereka. Kena bertindak sekarang. Kalau tidak bertindak sekarang, window of opportunity tu tak lama dan bila terlepas nanti semua akan jadi semakin susah. Tapi Ahyat bagi amaran: jangan pernah rasa terdesak terpaksa nak kena beli hartanah. Selagi tak ikut strategi dan planning, selagi itu kena terus mencari. Jangan kerana rasa taknak terlepas masa penting ni, terbeli raksasa yang bakal membuat hidup mereka merana, sengsara, dan terbeban kerana hartanah!
9. Setiap Plan Ada Kesannye
Sebagai contoh, kalau rumah C kita refinance, financing akan tarik sampai umur 70 tahun. Kalau beli yang baru hari ni, financing berapa tahun yang akan diambil supaya tak bebankan kewangan di hari tua nanti?
10. Aset Paling Penting?
Punchline paling penting dalam sesi coaching tadi ialah mengenai aset. Ye memang kita nak cari iga: investment grade asset. Tapi jangan kita lupa aset paling berharga dalam masterplan kita. Aset itu adalah diri kita sendiri. Ahyat telah berikan satu cadangan yang boleh melonjakkan pendapat seisi rumah mereka sebanyak 2 kali ganda.
11. Ibu Duit RM8 Juta!
Kalau mereka buat satu keputusan luarbiasa yang Ahyat share tu, mereka berpotensi untuk cipta ibu duit sebanyak rm8juta dalam masa 20 tahun yang boleh jana rm46k pendapatan pasif setiap bulan. Belum lagi combine nilai berganda hartanah2 mereka. Macam-macam boleh buat dengan duit tu. Boleh invest lagi. Boleh berikan yang terbaeks untuk anak-anak!
Terima kasih buat Hanif, salah seorang TAI: Team Ahyat Ishak yang turut bantu Ahyat dalam sesi coaching tu. Ahyat nak bantu seberapa ramai orang, so Ahyat perlukan team yang sama-sama gigih dan berjiwa besar!
Ahyat doakan pasangan hebat ini diberikan petunjuk dan hidayah untuk buat keputusan yang bijak untuk keluarga mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan memewahkan rezeki mereka.
Sept 9,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!