fbpx

[Nasihat Ahyat] Orang Banyak Duit Lagi Bahaya Bila Suka Hartanah.. Kenapa Pulak?

 

[ NASIHAT AHYAT ]
ORANG BANYAK DUIT LAGI BAHAYA BILA SUKA HARTANAH.. KENAPA PULAK?

Baru2 ni ada sorang akak ni mintak nasihat Ahyat lepas sesi Group Coaching. Lepas buat kira2 hartanah baru dia nampak kenapa dia sentiasa tak cukup duit tiap2 bulan. Chekidaut kisahnye

1. Akak ni dalam lingkungan umur 45. Dia berniaga kedai runcit. Dia dah beli 3 bijik rumah. Dan nak beli lagi. Mujurlah dia datang group coaching PPK: Program Persiapan Kombat utk buat kira2 hartanah.

2. Lepas sesi selesai, dia terus datang jumpa Ahyat. Dia kata akhirnye dia tahu dah kenapa dia selalu tak cukup duit di akhir bulan. Walaupun income drpd bisnes dia tu cukup kuat, tapi dia tak rasa cukup selesa.

3. Bila lalui proses kira2 hartanah menggunakan formula matematikhartanah yg Ahyat cipta sendiri selepas 17 tahun melabur dalam hartanah, barulah akak ni nampak kat mana terlebih dan terkurangnye dalam belanja bulanan dia.

4. Setelah kira2, dikenalpasti bukan sangat perbelanjaannye yg tak terkawal. Rupe2nye dia ada bela 3 raksaksa penyedut duit. Apakah raksaksa tu? 3 bijik rumah yg dia dah beli tapi tidak membawa hasil seperti yg dia kehendaki. Maknanye rumah2 yg dia beli tu tak menguntungkan dan menghabiskan duit dia setiap bulan.

5. Bila dah buat kira2 hartanah secara mendalam, dia dapati dia memang layak nak beli lagi rumah tapi dia sebenarnye tak mampu. Selama ni income dia besar so macam boleh je menanggung rumah2 yg dia beli walaupun jadi raksaksa dan walaupun dah tak berapa mampu.

6. Jawapannye ialah dia kena strukturkan semula perbelanjaan dia dan perlu buat keputusan segera apa nak buat dgn 3 bijik rumah dia tu. Inilah namanye portfoliomanagement utk hartanah. Dan inilah antara kegemaran Ahyat. Seronok bila kita dapat susun balik hartanah2 yg ada. Antara 3: nak simpan, jual atau belilagi.

7. Begitulah kisahnye. Bagi mereka yg income bulanan tu besar. Kena hati2 lebih sikit. Bagi kategori orang macam ni, nak beli hartanah ni senang. Nak dapat pembiayaan bank utk beli rumah senang. Tapi kita taknak terbeli raksaksa pulak. Kita nak beli aset yg tambah nilai dalam hidup kita.

8. Bagi mereka yg rasa dapat manfaat drpd sharing Ahyat ni, dan mahu Ahyat n team guide dalam susun kewangan utk beli rumah, Ahyat akan ada sesi group coaching PPK: Program Persiapan Kombat yg akan datang pada bulan Mac nanti. Boleh PM Ahyat. Atau komen: KOMBAT HARTANAH!

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

Gambar:
Tiada manusia atau haiwan yg tercedera dengan aksi mencekik dalam gambar ni. Cumanye Ahyat rasa macam nak cekik orang yg beli hartanah tapi taknak cari ilmu dulu! Huhu!

Nota:
Beberapa fakta dalam kisah ini sengaja diubah supaya menjaga sensitiviti peserta. Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi senario masih mengekalkan isu asal.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp