#NasihatAhyat (Episod 4) : Kenapa Akak Ni Disuruh Jangan Beli Rumah?

Betul ke bukan semua strategi sesuai sepanjang masa?

Baru-baru ini, Azim Sulaiman dari TAI: Team Ahyat Ishak ada appointment dengan seorang akak dari Cheras. Kami sedang bantu dia dalam masterplan dia. Dapat kelapangan jadual untuk duduk bersama dalam perbincangan tadi.

KENAPA AHYAT TAK BAGI AKAK NI BELI RUMAH?

1) KENA TAHU 3 FASA PELABURAN

Ahyat kategorikan investors ni dalam 3 fasa dalam masterplan hartanah. Fasa mula, fasa tengah dan fasa akhir. Ini berdasarkan kitaran hidup yang bermula dari umur 20 tahun. Setiap 1 kitaran ialah 5 tahun dan ada 9 kitaran sebelum sampai 65 tahun (Cycle 0 hingga 8).

2) NASIHAT BERBEZA IKUT FASA BERBEZA

So, nasihat Ahyat ni akan disesuaikan ikut fasa tu. Kalau masih dalam fasa 0-3 tu Ahyat anggap sebagai ‘Fasa Mula’. 4-5 pula ialah ‘Fasa Tengah’ dan 3 fasa terakhir tu ialah ‘Fasa Akhir’. Strategi pelaburan tak sama. Kalau masih dalam fasa awal boleh agresif dengan pembiayaan bank dan sebaliknya untuk mereka yang dah fasa akhir. Kesilapan besar kalau strategi yang sama digunakan untuk fasa berbeza itu.

3) NASIHAT KENA SEIMBANG

Apa maksud kena seimbang ni? Maksudnya, nasihat kita kena independent. Tak semestinya kita ni cikgu hartanah hanya nasihatkan orang beli hartanah je. Hartanah pun sama macam aset-aset lain: tak sempurna. Ada baik dan ada buruknya. Ada time sesuai, ada time tak kena. Kena hati-hati dengan nasihat orang yang hanya promosikan produk mereka sebagai penyelesaian.

4) JANGAN BELI RUMAH KAK! KENAPA PULAK?

So, Ahyat nasihatkan akak ni melalui Azim, supaya jangan beli rumah! Eh?! Bukankah Ahyat mahukan orang kita miliki rumah di tanah air sendiri? Memang betul! Tapi akak ni tak sesuai dah… jika dia nak ambil loan! Kerana akak ni dah masuk fasa akhir. Dan Ahyat pulak tak nasihatkan dia beli full cash? Kerana sebabnya nanti duit dia akan melekat kat aset tak cair.

5) SO NAK BUAT APA PULAK TU?

Ahyat ada berikan beberapa cadangan. Dan tak semua cadangan tu melibatkan hartanah. Azim Sulaiman dari TAI: Team Ahyat Ishak yang memiliki ilmu Islamic Finance dapat memberikan penjelasan menyeluruh tentang dunia pelaburan yang luas. Jadi, nasihat kami menyeluruh dan membantu klien buat keputusan sendiri yang terbaik.

6) ASASNYA TETAP ILMU

Kenapa akak ni mudah nak faham? Kerana Ahyat dah terangkan ilmu fundamental masterplan hartanah. Bila Ahyat dapat lukiskan dengan jelas, bila kita nampak sendiri, kita pun senang nak faham. Ilmu kira-kira hartanah pun penting. Segala-galanya dalam hartanah itu adalah mengenai kira-kira. Segala keputusan kewangan adalah keputusan kewangan. So, korang mesti kena kira betul-betul dahulu. Itu sebabnya, 2 ilmu ini wajib dalam semua kelas-kelas anjuran Pejuang Hartanah.

Ahyat bukan nak galakkan untuk korang tidak membeli rumah.

Jangan risau, awal atau lambat, masih boleh membeli rumah sekiranya rumah tersebut memberikan cashflow positif yang mantap.

Sebab itu Ahyat sarankan supaya lengkapkan ilmu di dada dahulu dengan mendapatkan nasihat betul daripada individu yang berpengalaman serta mengikuti kelas dan seminar hartanah.

Semoga kita semua berjaya menuju kejayaan dan mencapai impian!

SELAMAT BERJUANG!

Nak belajar ilmu hartanah dan kewangan secara online? Daftar dan ikuti update di PejuangHartanah.com! KLIK DI SINI!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: