Baru-baru ni Ahyat turun Johor Bahru untuk sesi sharing ilmu hartanah di Komtar JBCC. Naik Grab dari Senai Airport ke bandar, dapat tahu pemandu tersebut juga seorang cikgu. Lepas sembang-sembang perkenalan, cikgu ni tanya apa tujuan Ahyat ke JB.
So, Ahyat perkenalkan diri sebagai pengasas komuniti Pejaung Hartanah.
Rupa-rupanya tak ramai orang kenal pun Ahyat lagi! Kesian kan?! Huhuhu.
So, beginilah kisahnya…
CIKGU DARI JB TERKEJUT DENGAN NASIHAT AHYAT…
1. Cikgu ni bercadang nak beli rumah dekat sebelah barat JB. Dia nak beli satu unit di blok yang sama di apartment yang sama yang dia menyewa. Harganya lebih kurang RM160k.
2. So, Ahyat terus semak rekod transaksi di tempat tu. Ahyat dapati tak banyak transaksi yang berlaku di situ. Ini boleh jadi petanda bahawa kawasan tu tak berapa hot. Atau kawasan tu memang tempat orang tinggal dan takda sangat orang nak jual.
3. Ahyat pun semak lagi permintaan kat situ. Ada jugak unit-unit yang dijual pada harga RM180k. Bila fakta ni kita dapat daripada internet, kita nak kena verify. Cikgu ni kata situ memang harga dah push sampai RM180k dan memang ada orang nak beli pada harga itu. Pada Ahyat ini bermaksud nilai pasaran (market value) bolehlah kita letakkan pada RM180k.
4. Ahyat tanya pulak bagaimana dengan bank value? Cikgu kata memang boleh dapat setinggi market value. Dalam keadaan sekarang ni, bank value selalunya jauh lebih tinggi market value.
5. Cikgu berkata pula, sewanya hanya RM600 di apartment tu. Ni rate lebih 5 tahun yang lepas dia mula sewa kat situ dan rate ni pun kekal je. Ahyat tanya pulak berapa sewa boleh dapat sekarang kalau dia beli apartment tu? Dia kata sewa sekarang memang RM1000 ke atas. Cikgu tanya, ok tak keputusan dia nak beli apartment ni?
6. Sebelum nak sampai Komtar JBCC tu, sempatlah Ahyat nak bagi nasihat. Ahyat kata okay untuk beli kat situ. Dari segi kedudukan ke tempat kerja cikgu dan isteri pun dah Ahyat confirm kan ok. Tapi ada satu part ni yang buat cikgu ni terkejut! Ahyat kata, belilah rumah tu TAPI jangan duduk kat situ. Teruskan menyewa rumah sekarang!!
7. Kenapa? Kalau beli rumah tu bayaran bulanannya lebih kurang RM700++. Dia boleh sewa ikut harga sewa market sekarang RM1000. Positive cashflow lebih kurang RM200++. Malah, kita boleh nak bantu penyewa dengan offer sewa RM900, murah sikit daripada rate market sekarang. Dan pada masa yang sama dia boleh terus menyewa kat apartment sedia ada area tu yang ada macam-macam kemudahan. Bila tiba masanya nanti boleh nak upgrade ke rumah teres atau plan yang lain-lain.
8. Segala keputusan kita mestilah berdasarkan fakta dan kira-kira. Tak ramai yang boleh setuju dengan nasihat macam ni. Kita sewa tempat tinggal kita sendiri dan kita beli tempat pelaburan kita. Kita tak jadi kaya daripada hartanah yang kita tinggal tu. TAPI, kita jadi kaya kerana hartanah yang kita labur. Bukan senang strategi ni. Tapi berkesan!
Best sangat kalau boleh sharing lebih banyak ilmu dan case study dengan sahabat-sahabat bangsa JDT.
Kalau anda nak belajar lagi, jom komen: JDT POWER!
SELAMAT BERJUANG!