#PagiPower (Episod 11) : Kalau Laju Buat 3 Perkara Ni, Lajulah Anda Berjaya.

Untuk mencapai kejayaan, kita mesti mempunyai perancangan yang teliti sebelum perancangan itu mula dilaksanakan.

Dalam pada itu, kita juga perlu mengubah cara kita melakukan kerja. Cara kita berfikir juga harus berubah.

Ini termasuklah beberapa perkara yang kita mesti ‘laju-laju’ atau cepat-cepat ubah, sebelum memulakan sesuatu.

Jadi pada perkongsian siri #PagiPower episod 11 ini, Ahyat ingin berkongsi 3 perkara yang Ahyat sentiasa buat laju–laju untuk berjaya.

Lihat sahaja pada pertandingan atau perlumbaan sebagai contoh, mereka yang paling lajulah yang akan sentiasa sampai ke garisan penamat terlebih dahulu dan akhirnya menjadi pemenang.

Anda ingin berjaya dan menjadi pemenang? Nak tahu apa benda yang kena buat laju-laju tu?

3 perkara kena laju buat kalau nak berjaya:

1. Laju bertindak.
2. Laju memaafkan.
3. Laju dalam melakukan solat/ibadah.

Tonton video ini dan ikut 3 perkara yang mesti dibuat laju-laju tersebut.

Semoga anda juga akan laju untuk mencapai kejayaan! 🙂

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: