Setuju tak dengan poin no. 7?
1. Laporan terkini menunjukkan bahawa semakin banyak rumah dilelong pada 6 bulan awal tahun ini. Dan dikatakan akan meningkat dalam 6 bulan seterusnye. Adakah ini bahaya atau peluang?
2. Rumah2 akan dilelong sekiranye pemilik gagal membayar komitmen bulanan kepada pihak institusi kewangan seperti bank selama 3 hingga 6 bulan bergantung kpd prosidur bank.
3. Otai lelong NCM: Ng Chan Mau melaporkan bahawa bilangan rumah yg dilelong semakin meningkat sejak beberapa tahun tahun yg lepas. Peningkatan 20% dari tahun 2017 ke 2018. Dan tahun ni, tak sampai setengah tahun pun dah cecah lebih setengah drpd tahun lepas! (Rujukan 1)
2017: 29,000 unit bernilai rm13b
2018: 35,000 unit bernilai rm16b
2019: 18,000 unit bernilai rm9b
4. NCM laporkan bahawa lelong di Johor dan pantai timur melonjak 50%. Yg menariknye, ramai pembida Singapura dan China menyerang hartanah lelong di Johor melalui platform e-bid mereka.
5. Satu lagi update menarik pasaran lelong ni ialah rumah2 lelong ni semakin susah nak dijual. Dulu 2-3 kali lelong dah boleh jual. Sekarang perlu 3-4 kali lelong. Harga2 rumah yg kena lelong pun makin banyak berharga rm500k ke atas banding dulu bawah rm500k. Ini dilaporkan oleh Leong Auctioneer.
6. Semakin ramai orang suka cari peluang2 beli rumah untuk duduk sendiri atau pelaburan dalam kolam lelong. Memang best dapat beli rumah bawah harga pasaran. Cumanye ikan2 dalam kolam lelong ni ada banyak duri dan bisa. Kalau tak masuk gelanggang dgn ilmu yang betul dan jemaah yang betul memang bahaya! Itu sebabnye dalam program advance Pejuang Hartanah, Ahyat memang ada modul khas utk ilmu lelong. Dan ramai students2 Ahyat dapat banyak tangkap ikan ikan emas dalam kolam ini.
7. Tapikan, kalau kita nak rebut peluang2 ikan2 emas tu, jangan pulak kita lupa punchline paling penting: JANGAN KITA JADI PENYUMBANG KEPADA RUMAH LELONG! Pastikan kita beli rumah yg kita benar benar mampu dan bukan beli berdasarkan apa yg kita layak. Amaran Ahyat, sebelum beli rumah, kena betul2 faham: NAK BELI SENANG, NAK BELA SUSAH. Ramai yg beli tanpa fikirkan part yg lebih berat nak membela rumah tu!
Sama2 kita doakan agar Allah sentiasa menjauhkan diri kita dan keluarga drpd musibah kewangan sehingga tak mampu bayar tanggungan bulanan sehingga rumah dilelong.
SO ANDA LIHAT BAHAYA ATAU PELUANG?
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!
Rujukan:
1. The Star Online 15 Jun 2019
https://www.thestar.com.my/…/more-defaults-expectedin-the-…/