Semua Orang nak Yang Lebih Baik Tapi Tak Semua Sanggup Tinggalkan Yang Buruk


Apakah maksud hijrah yang sebenarnye?

Bila tiba awal muharram, konfem kita cerita tentang hijrah. Pemahaman biasa ialah berusaha untuk yang lebih baik. Tak salah pun pemahaman ini. Tapi ada 1 lagi makam pemahaman yang lebih dalam..

Mindset biasa ni pun tak semua orang nak. Dia dah selesa je dengan apa yang dia ada. So buat apa nak susah susah nak cari yang lebih baik kan? Yang ada sekarang ni ok ok. Tak mati kelaparan. Ada baju. Ada bumbung. So penting kosnep hijrah ni. Kita mesti sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

Tapi konsep hijrah tak boleh difahami setakat tahap ini sahaja. Hijrah ni ada makam pemahaman yang lebih tinggi. Dan makam ni tak ramai yang sanggup buat. Ye bagus la nak cari yang lebih baik. Tapi, tak ramai yang sanggup nak meninggalkan yang buruk.

Sempena hari kemerdekaan semalam, dan Awal Muharram hari ni, sesuai sangat kita nak berfikir tentang diri kita. Ahyat menyebutkan perkara ni pun bukan kerana Ahyat ni perfek. Sudah tentu tidak. Ini sebenarnye peringatan untuk diri sendiri.

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk sentiasa gigih menjadi yang lebih baik, dan gagah meninggalkan yang buruk. Semoga kita dapat kemerdekaan kewangan dan kemerdekaan daripada tabiat-tabiat buruk yang menghalang kita untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat!

APAKAH MAKNA HIJRAH BAGI ANDA?

SALAM AWAL MUHARRAM!
SALAM MAAL HIJRAH!
SALAM MERDEKA!

Sept 1,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!


Gambar:
Memori terindah semasa penutup MPH Newbies 2.0 di Wisma Rehda Sabtu 24 Ogos 2019.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: