fbpx

Skim Rumah Pertamaku : Rugi Kalau Tak Tahu Pasal Ni!

Skim Rumah Pertamaku (100% Financing)!!!

Bella dah pernah up status ni lebih 5x dan pernah buat live sharing 2x and masih menerima soalan yang sama sepanjang 2 tahun ni. Hehe.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni adalah start diwar-warkan dalam budget kerajaan 2011 dan kerjasama antara MOF (Ministry of Finance), BNM, Cagamas dan bank-bank terlibat.

So, semua MOF (Margin of Finance) adalah 100%, kalau korang apply rumah pertama tapi dapat loan 90% je means itu tak termasuk dalam skim ni ok.

Siapa yang layak apply?
1. Semua kakitangan swasta dan badan berkanun yang tidak layak untuk apply “Government Loan”.
2. Ini tak termasuk kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak ya!
3. Juga tak termasuk yang bekerja sendiri.

Apa syarat-syarat?
1. Mestilah rumah pertama dan tujuan untuk “own stay” bukan untuk tujuan sewa/investment.
2. Subsales/Undercon (Untuk lelong boleh tapi tetap wajib dahulukan 10%).
3. Umur tak boleh melebihi 40 tahun masa nak apply SRP.
4. Harga rumah dari minima RM100k – 500k maksima.
5. Income tidak melebihi RM5k atau pun kalau join loan tidak melebihi RM10k.
6. DSR tidak melebihi 60% daripada gaji bersih.
7. Maksima 35 tahun ataupun umur tidak melebihi 65 tahun.
8. Warganegara Malaysia sahaja.

Nak info-info best pasal financing hartanah dari kes-kes sebenar yang pernah diuruskan oleh Bella Leana? KLIK SINI!

Soalan lazim tentang SRP:
1. Kalau suami dah ada rumah isteri belum ada, nak apply SRP join name sebab gaji tak cukup, boleh tak?
~ Hanya isteri sahaja yang layak lagi, suami tak layak sebab dah ada rumah.

2. Kalau rumah tu kita bagitau bank untuk duduk sendiri tapi kita sewakan boleh tak? Ada orang check ke??
~ Ni soalan ni korang kena jawab sendiri, it’s about integrity. Kalau korang rasa itu bukan satu penipuan then korang bolehlah teruskan ambil kesempatan yang ada tu.. for me is simple.. kalau korang rasa korang betul dengan ambil tindakan macam tu, ikutlah.. kalau korang rasa bersalah, mungkin kena fikir sebaiknya sebab sebenarnya skim tu bukan untuk korang.. benda ni semua berkait rapat dengan attitude.. pasal check atau tak tu Bella tak pasti.. tapi pihak Cagamas berhak untuk buat macam tu kalau dorang nak.

3. Orang cakap rate untuk 100% SRP ni tinggi kalau nak bandingkan dengan MOF 90%.. betul ke?
~ Bella tak pasti dari mana “orang” tu dengar.. mungkin dari pengalaman sendiri.. tapi most of the bank memang ada offer rate yang tinggi untuk SRP tetapi untuk financing amount di bawah 200k. For me, daripada dengar “cakap” orang tu better pergi walk in sendiri bertanya. Ada bank yang offer serendah 4.75% untuk amount 100k asalkan di bawah skim SRP nih. Tak rajin nak walk in?? Ok, pergi farmasi beli ubat “rajin” ya! Haha. Kidding.. but pleaseeee.. boleh telefon bank untuk tanya kot kalau dah malas n takde masa nak walk in.

4. Bank mana yang terlibat?
~ Most of the bank.. ada 14 bank kat Malaysia ni offer skim SRP ni ok.

5. Berapa interest rate?
~ Untuk soalan ni, Bella takde jawapannya sebab setiap bank berbeza-beza.. pihak Cagamas takde meletakkan berapa rate yang patut bank tetapkan.. semuanya bergantung kepada bank yang terlibat.

6. Kalau saya kerja government boleh dapat tak 100% SRP nih?
~ TAK BOLEH. Sebab government staff layak untuk apply government loan 100% di bawah LPPSA.

7. Suami kerja government, isteri kerja swasta, boleh apply SRP join name tak?
~ Tak boleh. Hanya isteri sahaja yang layak.

8. Belum berkahwin, masih bujang trang tang tang boleh apply SRP tak?
~ Boleh.. berkahwin bukan syarat untuk apply SRP.. bujang ka, dara ka, janda ka, duda ka semua boleh.

9. Gaji RM4.5k tapi DSR tinggi, nak campur dividen ASB, so gaji jadi RM5.5k. Boleh tak apply?
~ Tak boleh. Sebab income dah lebih dari 5k. Syarat mesti 5k maksima sahaja.

10. Gaji suami RM7k, gaji isteri RM2.5k, boleh tak nak apply SRP ni kalau join loan?
~ Boleh, asalkan income bersama (kombinasi/join) tak melebihi RM10k.

11. Kalau subsale wajib tak bayar 3.18% kepada agent dan selebihnya 6.82% kepada owner?
~ Kalau subsale, 3.18% memang kena bayar pada agent. Kamon laa, agent pun kerja cari makan nak sara keluarga juga ok! Be fair to them ya! Untuk bayar owner, ini atas budi bicara. Kalau owner takde masalah nak tunggu then should be ok. Kalau owner minta juga deposit, korang tetap kena standby. Nanti bila loan released, baru lah korang akan dapat balik duit tu.

12. Untuk SRP ni Legal Fee (LF) dan Valuation Fee (VF) boleh masuk (capitalised) dalam financing tak?
~ Untuk SRP, bank akan provide 100% + 5% dan portion 5% tadi hanya untuk MRTA/T sahaja, which means tak boleh nak capitalised untuk LF dan VF.

13. MRTA/T wajib atau tidak?
~ Ini tertakluk kepada bank yang meluluskan financing tersebut. Cagamas hanya mewajibkan untuk ambil Fire Insurance/Takaful sahaja.

14. Islamik atau Konvensional?
~ Keduanya boleh. Takde masalah, tetapi Bella sarankan untuk Muslim, pls pilih Islamik, tidak boleh TIDAK ok! Kalau ada bank yang offer konvensional sahaja, pls pergi ke next bank ya.. pls pls pls!

15. Kalau nak letak SPA 2 nama tapi loan satu nama sahaja boleh ke?
~ Tak boleh. Hanya untuk First Party sahaja. Maksudnya, kalau loan 1 nama SPA mesti 1 nama, begitu juga sebaliknya.

Ok Bella bagi 15 dulu Q&A setakat ni ya.

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke website SRP.. kalau malas nak Google boleh click link kat bawah nih:
http://www.srp.com.my

Untuk soalan lazim yang lain boleh juga rujuk di sini:
http://www.srp.com.my/bm/faq.html

Sekian sahaja status panjang untuk korang baca. Kalau dah baca sampai habis bolehlah tekan “share” supaya sahabat handai rakan taulan yang lain dapat juga maklumat nih.

Untuk soalan boleh drop kat komen.

Korang memang awesome sebab baca sampai habis! Tahniah 👍👍

Love,
Bella.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp