Sory. Ahyat Tak Setuju. Gaji Bersih 1000 Tak Boleh Beli Rumah!

1. Kalau sahabat2 semua dah folo FB Ahyat selama ni mesti tahu pendirian Ahyat tentang isu ni. Ahyat memang nak orang Islam memiliki hartanah di tanahair sendiri. Tapi Ahyat taknak lihat orang kita sengsara kerana hartanah.

2. Kesedaran pemilikan hartanah dalam kalangan orang Islam di Malaysia dah semakin bagus. Ahyat boleh katakan, sangat ohsem dah sekarang. Pelik rasanye kalau kata orang Islam tak minat hartanah. Sedar dah. Minat pun dah. Ilmu je belum cukup.

3. So disebabkan influencer macam Ahyat dan rakan2 seperjuangan lain, masyarakat pun semakin sembang dan gebang pasal hartanah. Ada kisah2 bagus pasal hartanah. Ada kisah2 negatif pasal hartanah. Yang penting masyarakat sedang bercakap pasal hartanah. Tugas cikgu hartanah macam Ahyat untuk sampaikan dakwah ilmu kewangan dan ilmu hartanah yang adil dan betul.

4. Tapi kesedaran ini boleh meletakkan kumpulan anak muda dan B40 dalam keadan tertekan. Mereka akan rasa terdesak nak beli rumah. Situasinye semakin kronik bila harga rumah semakin mahal, pendapatan tak naik2.

5. Ahyat dah sebut berkali2. Jangan paksa 2 kumpulan ni beli rumah. Jangan buat mereka rasa hina kalau tak beli rumah. Kerana ok je kalau menyewa. Yang sangat tak ok jika mereka beli rumah yang mereka tak mampu dan menyebabkan kemusnahan kewangan diri n keluarga.

6. Yes. Hidup boleh musnah bila tersalah beli hartanah. Hidup boleh musnah bila tak bersedia nak beli rumah. Hidup boleh musnah bila tak buat kira-kira hartanah dengan betul!

7. Dalam kes ni, baguslah bank nak bantu kumpulan B40 untuk beli rumah. Orang yang takde simpanan boleh je beli kerana bank boleh bagi pembiayaan 100%. Gaji bersih tinggal rm1,000 je pun boleh diambil kira utk beli rumah rm300,000.

8. Jom kita congak. Kalau rumah rm300,000, bayaran bulanan rm1,500. Kumpulan B40 memang tak mampu nak menanggung beban komitmen ini sebulan kalau ada gaji bersih rm1,000. Nak makan apa? Banyak kos-kos sara hidup lain yang lebih memerlukan. Ni namanye bahaya!

9. Fokusnye ialah tingkatkan pendapatan. Bagus ada skim nak bantu mereka beli rumah dengan pembiayaan rumah yang dipermudahkan, tapi itu tak selesaikan masalah yang sebenar: pendapatan tak cukup untuk beli rumah yang diperlukan. Secara matematik, memang mustahil untuk dibenarkan. Ahyat dah jumpa terlalu ramai orang beli rumah tapi tak tahu apa yang dia betul-betul mampu.

10. Siapa yang minat hartanah tu kena fokus dulu kuatkan pendapatan. Anak2 muda yang join TAI: Team Ahyat Ishak Alhamdulillah dah boleh buat duit poket tambahan rm1k sampai rm6k. Ada yang buat part time. Ada yang buat fulltime. Ada yang dah boleh setelkan hutang-hutang. Ada bagi duit extra kat mak. Dah boleh travel. Dah boleh upgrade kereta. Dan kuatkan profail kewangan untuk beli rumah. Agak2nye ada ke yang nak berjuang bersama dengan TAI untuk bantu lebih ramai orang betulkan kewangan dan pada masa sama dapat tambah duit tepi?

11. So apa nasib B40? Menyewa. Keperluan manusia ialah rumah. Adakah rumah itu dibeli atau disewa, itu kena bincang pada step kedua. Step pertama dia kena ada rumah. Dan normal lah orang muda menyewa dulu, lepas tu bila kekuatan kewangan dah meningkat, baru mampu beli. Ini bukan satu kepelikkan. Ini adalah satu perkara normal di seluruh dunia.

12. Jom kita fokus pada pengurusan kewangan sebagai persiapan untuk beli hartanah. Ilmu ni yang sepatutnye diajar di sekolah dan di setiap rumah seolah2 jadi satu ilmu rare. Team Ahyat banyak anjurkan Group Coaching. Kami namakan: PPK: Program Persiapan Kombat. Ada 2 kelas dalam bulan November ni: 3 Nov dan 30 Nov.

Kita buat kira-kira hartanah tu betul2. Kita kena tahu dengan jelas dan tepat berapa yang kita betul-betul layak, mampu, selamat. Dan berapa petikemarau yang perlu ada sebelum beli hartanah supaya betul2 selamat. Benda ni tak boleh agak2 cuba2. Kalau silap langkah dalam hartanah: sangat tak kelakar. Sangat mengerikan!

Siapa nak buat kira2 ni untuk diri dia dan keluarga jom komen: NAK KOMBAT! Nanti team akan folo up dengan anda ya.

Nov 1,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: