5 pesanan Ahyat buat Ejen ejen Hartanah tersayang
Begitulah mesej utama yang Ahyat sampaikan di program KOHARTA oleh PEHAM di INSPEN Putrajaya tengahari tadi. Ahyat sangat sanjung ejen ejen hartanah kerana kalau bukan kerana pertolingan dan sikap professional mereka, Ahyat takkan dapat berjaya dalam urusan urusan jual beli selama ini. Ni Ahyat sharekan 5 daripada pesanan pesanan Ahyat tadi.. khas buat ejen ejen hartanah seluruh Malaysia.
1. APAKAH PERJUANGAN ANDA?
Macam mana kenalkan diri anda? Hi, saya Ali. Saya seorang ejen hartanah. Ini cara kering. Takde roh. Apakah perjuangan anda sebagai seorang ejen hartanah? Apakah kebimbangan anda? Itu lah yang orang nak tahu dan feel. Kalau ada perjuangan, baru lah kita boleh berjaya. Kerana dalam market sekarang, buyers sellers nak berurusan dengan orang yang ada purpose yang ada perjuangan.
2. SPECIALISE JANGAN GENERALISE
Ni mungkin ada yang tak berapa setuju. Tapi Ahyat nak jumpa specialist satu satu area atau satu satu jenis property. Ahyat taknak jumpa ejen yang kata dia boleh handle seluruh KL. Ahyat nak jumpa ejen yang kata dia specialise satu satu area contohnye Shah Alam. Itu pun luas sangat. Kalau dia lagi spesifik lagi bagus. Contohnye dia specialise area Puncak Alam. Kalau saya nak cari area lain, dia boleh je introduce yeam dia yang specialise area lain tu. Lagi power kalau specialise dalam zaman persaingan brutal n market merudum macam ni.
3. EJEN MESTI BERFIKIRAN JEMAAH
Jangan jadi sebatang lidi. Senang patah dalam market yang sangat brutal sekarang. Jadilah team lidi seperti anyg saya selalu dengar coach fadhil ayuh bangkit selalu ceritakan. Rapatkan jemaah, kuatkan ukhwah. Jadi sebahagian daripada team atau persatuan macam peham. Kalau ada masalah dengan buyer, seller, ejen lain, dgn ejensi etc, ada team yg dapat sapot kita.
4. JADILAH LEBIH DRPD PENJUAL
Memang tugas hakiki kita untuk jual hartanah. Tapi kami memerlukan seorang yang lebih daripada penjual atau salesman semata mata. Belajarlah untuk menasihati dan bantu untuk susun masterplan hartanah. Tambah nilai hidup clients anda dengan nasihat selain daripada hartanah semata mata. Bagaimana dengan pengurusan kewangan. Adakah pembeli itu benar benar selamat nak beli. Adakah pembeli dapat berikan nasihat yang benar benar bermanfaat kepada pembeli. Jadi seorang kawan dan berikan nasihat yang paling selamat untuk kami.
5. TINGKATKAN ILMU
Bayangkan, pembeli lagi tahu banding penjual. Dalam hal ni, pembeli lagi tahu pasal hartanah daripada ejen hartanah tu sendiri. Tak syiok la bro. Kita penjual barang ni kena lah lagi tahu pasal barang tu daripada pembeli kita. Tapi tak ramai ejen hartanah suka nak upgrade ilmu. So semakin jauh la mereka kena tinggal. Dah la market semakin mencabar. Pembeli yang semakin handal takkan nak berurusan dengan ejen ejen yang tahao tadika.
BEGITULAH ANTARA SHARING AHYAT TADI.
1 jam memang tak cukup. Banyaknye lagi nak share. Kalau anda seorang ejen hartanah atau kenal kawan kawan ejen yang lain, dan sedang mencari ilmu hartanah dan ilmu duit supaya dapat tingkatkan ilmu sebagai ejen dan bantu menasihati lebih ramai orang lagi, jom komen: PEJUANG REN! Ahyat bagi link untuk program Ahyat akan datang pada harga terbaeks!
Ogos 3, 2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!