Tawaran Pengurangan Kompaun

Tahukah anda?

SSM ada menawarkan insentif pengurangan kompaun sebanyak 90% kepada syarikat.

Tawaran ini diberikan kepada syarikat untuk tempoh daripada 1 Januari 2020 hingga 30 April 2020 bagi memudahkan penyelesaian kompaun yang tertunggak.

Namun pengurangan ini hanya terpakai untuk kompaun yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan lazim sahaja berdasarkan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.

SSM ingin menyeru syarikat untuk mengambil peluang keemasan ini dengan menyelesaikan segala kompaun-kompaun yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah diambil.

Ingat! Sekiranya tindakan mahkamah sudah diambil, sebarang rayuan yang dibuat takkan sama sekali dilayan.

Jadi apa tunggu lagi, jom ambil peluang ini untuk selesaikan segala kompaun tertunggak syarikat anda.

Untuk syarat syarikat apa yang layak nikmati insentif ini dan jenis kesalahan yang terlibat, boleh rujuk gambar di bawah :-

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: