Top 10 Hartanah Yang Bernilai RM1 Juta Di Petaling Jaya Selangor

Pada perkongsian segmen Radar Hartanah yang lalu, team kami telah membuat analisa mengenai top 10 hartanah jenis teres di Seri Kembangan bagi tahun ini.

Kali ini, jom kita fokus pada top 10 hartanah di Petaling Jaya yang bernila RM1 juta.

Berdasarkan data yang dikumpulkan daripada kajian, sepanjang tempoh Oct 2019 hingga Aug 2020, petaling Jaya Selangor mencatatkan sebanyak 98 transaksi jual beli rumah.

Dengan jumlah transaksi tersebut, ini secara langsung meletakkan lokasi SS 2 Petaling Jaya di kedudukan nombor satu sebagai lokasi rumah paling banyak mempunyai urusan transaksi jual beli rumah di Petaling Jaya!

Harga median (harga tengah) bagi keseluruhan rumah-rumah di Petaling jaya berada pada harga RM1,220,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM606 psf.

Melalui maklumat menarik sebegini, sudah pasti korang ingin tahu senarai top 10 hartanah di Petaling Jaya yang bernila RM1 juta yang menjadi tumpuan, kan?

Team Radar Hartanah menyediakan laporan ini berdasarkan senarai lokasi di Petaling Jaya yang paling banyak transaksi.

Mari kita lihat.

TOP 10 HARTANAH DI PETALING JAYA (OCT 2019 – AUG 2020) YANG BERNILAI RM1 JUTA

#1 SS 2 PETALING JAYA 

Bilangan transaksi: 19
Harga median: RM1,170,000
Harga Median Psf: RM606
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House)

#2 SS 2 & SS2A DAMANSARA JAYA

Bilangan transaksi: 14
Harga median: RM1,450,000
Harga Median Psf: RM626
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#3 SS 21 DAMANSARA UTAMA

Bilangan transaksi: 8
Harga median: RM1,100,000
Harga Median Psf: RM651
Jenis pegangan: Freehold

#4 SEKSYEN 5

Bilangan transaksi: 7
Harga median: RM1,625,000
Harga Median Psf: RM258
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold  (Terrace House, Bunglow, Semi D)

#5 SS 20 DAMANSARA UTAMA

Bilangan transaksi: 7
Harga median: RM1,040,000
Harga Median Psf: RM649
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House)

#6 SS 1 PETALING JAYA

Bilangan transaksi: 6
Harga median: RM1,400,000
Harga Median Psf: RM225
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow)

#7 FIVE STONE-SS2 P,JAYA

Bilangan transaksi: 5
Harga median: RM1,535,000
Harga Median Psf: RM806
Jenis pegangan: Freehold (Condominium)

#8 SS 23 TAMAN SEA

Bilangan transaksi: 4
Harga median: RM1,145,000
Harga Median Psf: RM652
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House)

#9 SS 3 PETALING JAYA

Bilangan transaksi: 4
Harga median: RM1,210,000
Harga Median Psf: RM346
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House, Bunglow, Semi D)

#10 SS 4 PETALING JAYA 

Bilangan transaksi: 4
Harga median: RM1,300,000
Harga Median Psf: RM402
Jenis pegangan: Freehold (Semi D, Terrace House)

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (9 Mac 2021).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Selangor.
3.3. Jenis: All Types.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: RM1 juta.
3.6. Tempoh: Oct 2019 – Aug 2020.

 

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: