Antara faktor penting di dalam hartanah adalah : LOKASI.
Antara perkara yang seringkali ditanya berkenaan hartanah juga adalah : LOKASI.
Sudah pasti anda juga ingin tahu, manakah lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan di dalam pasaran hartanah jenis kediaman di Malaysia, kan?
Bagi segmen Radar Hartanah kali ini, team Pejuang Hartanah ingin memberikan fokus kepada lokasi-lokasi ‘panas’ hartanah di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2018.
Lokasi-lokasi yang tersenarai ini adalah top 10 lokasi berdasarkan jumlah transaksi jual beli bagi tempoh Januari 2018 sehingga Disember 2018.
JUMLAH TRANSAKSI
Pasaran hartanah jenis kediaman di Malaysia bagi tempoh Januari 2018 sehingga Disember 2018 merekodkan sebanyak 71,212 transaksi jual beli.
Berbanding tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 97,545 transaksi jual beli, ini adalah penurunan sebanyak 26,333 jumlah transaksi.
HARGA MEDIAN
Harga median (harga tengah) bagi kesemua transaksi hartanah jenis kediaman di Malaysia pada tahun 2018 adalah pada RM300,000 manakala harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM272 psf.
LOKASI
Menariknya mengenai data tahun 2018 yang telah direkodkan ialah penguasaan dua buah negeri iaitu Johor dan Selangor di dalam senarai top 10 ini.
Ini jelas menunjukkan kedudukan ekonomi negeri-negeri terbabit yang stabil serta didorong oleh faktor-faktor lain seperti lokasi yang matang, permintaan terhadap hartanah yang tinggi dan lain-lain.
TOP 10 LOKASI HARTANAH JENIS KEDIAMAN DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2018
#1 TAMAN BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)
Bilangan transaksi: 283
Harga median: RM568,000
Harga Median Psf: RM468
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#2 BUKIT SENTOSA, SERENDAH
Bilangan transaksi: 232
Harga median: RM205,000
Harga Median Psf: RM215
Jenis: Banglo dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#3 TAMAN SENTOSA, KLANG
Bilangan transaksi: 217
Harga median: RM310,000
Harga Median Psf: RM357
Jenis: Cluster House, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#4 TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG
Bilangan transaksi: 190
Harga median: RM235,000
Harga Median Psf: RM275
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#5 BANDAR KINRARA, PUCHONG
Bilangan transaksi: 188
Harga median: RM827,500
Harga Median Psf: RM550
Jenis: Banglo, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold
#6 BANDAR PUTRA, KULAI
Bilangan transaksi: 168
Harga median: RM395,000
Harga Median Psf: RM300
Jenis: Banglo, Cluster House, Town House, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#7 TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG
Bilangan transaksi: 163
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM288
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#8 BUKIT BERUNTUNG, SERENDAH
Bilangan transaksi: 156
Harga median: RM207,500
Harga Median Psf: RM216
Jenis: Banglo dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#9 TAMAN JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU
Bilangan transaksi: 137
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM357
Jenis: Banglo, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
#10 TAMAN SETIA INDAH, TEBRAU
Bilangan transaksi: 135
Harga median: RM500,000
Harga Median Psf: RM418
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold
KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!