fbpx

Top 10 Lokasi Untuk Hartanah Jenis Kediaman Di Johor!

Bagi artikel Radar Hartanah kali ini, team kami ingin menumpukan fokus kepada pasaran hartanah (kediaman) di seluruh Johor pula.

Johor merupakan negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia. Kedudukan geografi Johor secara asasnya adalah seperti berikut:
1. Pahang di Utara.
2. Negeri Sembilan dan Melaka di Barat Laut.
3. Singapura di Selatan (secara sempadan maritim melalui Selat Johor).

Dari segi pentadbiran pula, Johor mengandungi 10 daerah:
1. Batu Pahat.
2. Johor Bahru.
3. Kluang.
4. Kota Tinggi.
5. Kulai.
6. Mersing.
7. Muar.
8. Pontian.
9. Segamat.
10. Tangkak.

Ibu negerinya pula adalah Johor Bahru yang juga merupakan bandar terbesar di Johor.

Johor mempunyai lebih kurang sebanyak 3.7 juta orang penduduk.

Berikut adalah taburan penduduk di bandar-bandar utama bagi negeri ini:

Berdasarkan hasil kajian dan data yang diperolehi, pasaran hartanah Johor mencatatkan sebanyak 8,652 transaksi jual beli hartanah kediaman pelbagai jenis (landed dan non-landed) sepanjang tempoh Januari 2018 hingga November 2018 yang lalu.

Harga Median.

Daripada jumlah transaksi tersebut, harga median (harga tengah) yang dicatatkan bagi hartanah kediaman Johor ialah RM350,000. Manakala, harga median sekaki persegi (psf) ialah RM302 psf.

Jom kita lihat lokasi manakah paling hot di Johor berdasarkan jumlah transaksi jual beli.

TOP 10 LOKASI HARTANAH KEDIAMAN PELBAGAI JENIS DI SELURUH JOHOR (JAN 2018 – NOV 2018)  

#10 TAMAN PUTRI KULAI, KULAI

Bilangan transaksi: 97
Harga median: RM340,000
Harga Median Psf: RM270
Jenis: Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#9 TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI

Bilangan transaksi: 99
Harga median: RM557,047
Harga Median Psf: RM402
Jenis: Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold

#8 TAMAN PUTERI WANGSA, ULU TIRAM

Bilangan transaksi: 106
Harga median: RM347,500
Harga Median Psf: RM348
Jenis: Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#7 TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI

Bilangan transaksi: 116
Harga median: RM314,000
Harga Median Psf: RM400
Jenis: Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#6 TAMAN SETIA INDAH, TEBRAU

Bilangan transaksi: 119
Harga median: RM500,000
Harga Median Psf: RM418
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#5 TAMAN JOHOR JAYA , JOHOR BAHRU

Bilangan transaksi: 120
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM342
Jenis: Banglo, Semi D dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#4 TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 148
Harga median: RM300,000
Harga Median Psf: RM287
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#3 BANDAR PUTRA, KULAI

Bilangan transaksi: 148
Harga median: RM385,000
Harga Median Psf: RM305
Jenis: Banglo, Cluster House, Semi D, Town House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#2 TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG

Bilangan transaksi: 157
Harga median: RM255,000
Harga Median Psf: RM290
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

#1 TAMAN BUKIT INDAH, ISKANDAR PUTERI (NUSAJAYA)

Bilangan transaksi: 246
Harga median: RM560,000
Harga Median Psf: RM470
Jenis: Cluster House dan Rumah Teres
Jenis pegangan: Freehold

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Department Of Statistics Malaysia (DOSM).
3. Pelan Pertumbuhan Strategik Johor.
4. Analisa Brickz.my (5 Mac 2019)
Parameter analisa:
4.1. Category: Residential.
4.2. Negeri: Johor.
4.3. Jenis: All type.
4.4. Range harga: All prices.
4.5. Tempoh: Jan 2018 – Nov 2018.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp