fbpx

Tsunami Gelombang Ketiga. Apakah usaha Kita Hanya Sia-Sia?


Kita mesti terus tabah dalam perang ini!

Berita ni keluar dalam hari-hari terakhir bulan Mac baru-baru ni. Pihak KKM Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan gelombang ketiga bakal berlaku dan ia bukan sekadar gelombang kecil tapi boleh jadi tsunami. (Rujukan 1)



So memang patut sangat kerajaan teruskan PKP yang masuk ke fasa kedua yang bakal berakhir pada 14 April. Dan memang patut sangat dalam fasa kedua ni lebih strict. Roadblock lebih ketat, penutupan jalan, dan had 10km utk pembelian barang-barang penting sahaja. (Rujukan 2)

3. Rakyat akur. Rakyat patuh. Tapi masih ada segelintir yg nakal-nakal. Mohon sangat seluruh rakyat terus tabah mengharungi tempoh ini. Kerana ia sedang menampakkan tanda-tanda kemenangan kecil.

SYUKUR ALHAMDULILLAH

4. Seperti yang kita boleh lihat dalam gambar kedua tu, graf kes sebenar dapat diflat kan berbanding dengan graf forecast.

5. Bermaksud PKP dan segala usaha kita bersama sedang menampakkan kejayaan. Walaupun masih banyak yang kita perlukan bersama untuk musnahkan terus pandemik COVID19 tapi ini memberikan kelegaan kepada kita dan semangat utk kita terus tabah.



6. Cumanye kita risau mendengar bahawa tersapat 32,000 rakyat Malaysia yang telah keluar negara dan melawat negara2 berisiko tinggi sebelum bermulanye PKP hari tu. Sekiranye ada yang mengimport balik jangkitan COVID19 tu, dan menjangkiti orang2 lain, itu yg kita kena sama-sama bersedia untuk tsunami gelombang ketiga tu. (Rujukan 3)

7. Ahyat sendiri batalkan 2 trip ke luar negara: Indonesia dan China pada bulan Feb n Mac hari tu. Walaupun semua booking dah dibuat dan ada bayaran yang telah dijelaskan, Ahyat tetap batalkan kerana mahu jadi rakyat yang bertanggungjawab. Banyak lagi masa nak melancong lepas-lepas ni pun. Malah, nak melancong tu dah bukan priority hidup kita sekarang. Priority kita ialah nak menentang COVID19.



8. Dilaporkan masih ada rakyat kita diseluruh dunia. Dan mahu pulang. Dan keluarlah SOP baru 2 hari lepas seperti dalam rujukan gambar ke3 hingga ke6. (Rujukan 4)

9. Pesanan buat semua utk terus taat mematuhi PKP: Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April. Kita berdoa rantaian jangkitan dapat diputuskan. Kita doakan juga agar jangkitan dan kematian akibat COVID19 dapat terus dikurangkan.

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA!
KITA MAMPU MENGALAHKAN COVID19!

Apr 2,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!


Rujukan:
1. MalaysiaKini 27 Mac 2020
https://m.malaysiakini.com/news/517241
2. Mstar 1 April 2020
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/04/01/pkp-10km
3. Free Malaysia Today 27 Mac 2020
https://www.freemalaysiatoday.com/…/laksana-pkp-demi-halan…/
4. Sinar Harian 31 Mac 2020
https://www.sinarharian.com.my/…/Rakyat-Malaysia-pulang-dar…
.
Sumber Gambar:
1. MalaysiaKini 27 Mac 2020
2. Tular di whatsapp
3-6. Wisma Putra

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp