Usahawan Jangan Lari Fokus! Hartanah Bukan Pil Ajaib!

Ahyat memang nak usahawan bina empayar bisnes dan empayar hartanah, tapi Ahyat tak nak usahawan lari fokus. Ramai yang menghadapi masalah dalam bisnes dan sedang mencari cari jalan keluar daripada masalah masalah bisnes mereka. Ramai yang mengharapkan pelaburan hartanah sebagai pil ajaib.

Maksudnye mereka mengharapkan hartanah akan jadi penyelesaian masalah masalah bisnes mereka. Kat sini ramai yang akan jadi jatuh ditimpa tangga. Daripada mulut harimau masuk mulut buaya. Lagi teruk jadinye!

Fokus setiap usahawan ialah utk jadikan bisnes mereka sangat sangat ohsem. Fokus untuk jadi kaya dengan bisnes mereka. Tapi mereka boleh belajar dengan Ahyat supaya jadi lebih kaya! Fokus seluruh jiwa raga anda untuk jadi kaya raya dengan hartanah. Lepas tu hartanah akan mengejar kita! Wowow!

Begitulah sharing Ahyat di DMC: Digital Marketing Conference di IDCC tadi bersama 1500 peserta. Tahniah kepada team Sifufbads atas kejayaan DMC 3 hari buat julung julang kalinye!

Terima kasih sekalung budi buat sahabat Ahyat Sifu Jamal daripada sifubads yang sudi menjemput Ahyat jadi panel dalam forum bersama Ieza Yusof pakar kewangan dan Hj Asri Ahamd pakar saham. Akhirnye impian kami berempat nak kongsi pentas bersama menjadi kenyataan!

Ahyat doakan semua sahabat sahabat yang berniaga akan diberikan petunjuk dan hidayah untuk selesaikan segala cabaran cabaran bisnes. Dan semoga anda semua diberikan kekuatan untuk berjuang seluruh jiwa raga anda untuk capai kejayaan yang anda idam idamkan! Semoga anda semua kaya dunia dan akhirat!

 

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: