Wang Pusaka Kena Kebas

.
Agaknya orang yang ada duit atau yang baru dapat duit ini memang ada bau kot? Dalam kes ini, kesian wanita warga emas ini diperdaya oleh scammer sampai lesap RM1.84 juta termasuk WANG PUSAKA yang di perolehi dari arwah ibunya.
.
Saya masih ingat lagi sewaktu saya menjadi trainer kewangan bagi program persaraan sebuah syarikat oil and gas di Malaysia, Scammers sudah ada senarai bakal-bakal pesara yang akan menerima wang KWSP yang tidak kurang dari RM700 ribu sebelum mereka bersara. Mereka menjadi sasaran dan ramai telah menjadi mangsa mereka.
.
Wanita warga emas dalam kes diatas ada berkemungkinan pangkat ibu-ibu kita, lembut hati, baik hati, murah hati dan mudah diambil kesempatan oleh orang orang tertentu lebih lebih lagi yang berniat jahat.
.
Kadang-kadang dari perkongsian pengalaman pelanggan, ada juga dikalangan anak, menantu, sedara mara yang juga mencuba nasib meminjam, memujuk untuk jadi pelabur perniaggan bersama mereka atau memujuk oleh ahli keluarga untuk mamasuki skim-skim pelaburan yang berisiko atau scam.
.
Akhirnya wang tersebut hangus, hilang atau kerugian. Kalau anak yang buat, nak marah anak, jadi serba salah. Kalau sedara pinjam dan tak pulang jadi perang saudara pula. Yang pasti, pemilik wang tadi berputih mata dan tertekan kerana wang sara diri telah lesap dan akhirnya terpaksa bergantung hidup kepada orang lain.
.
3 Tips untuk pemilik harta untuk merancang pewarisan dan untuk memastikan wang dan harta yang ditinggalkan akan memberi manafaat kepada waris mereka dan tidak dimanipulasi oleh pihak pihak tertentu. Apabila merancang pewarisan :
.
1. Rancang kaedah agihan.
Bukan rancang sekadar agih, tapi rancang bagaimana kaedah untuk mengagihkannya. contoh, Nak bagi sekali semua, bagi secara ansuran, bagi dividend sahaja (pokok di simpan). Kenapa? Ada waris yang kalau dapat wang selepuk, boleh hilang akal dan belanja semua dalam masa yang pendek. Ada waris pula yang mudah dipujuk oleh orang lain untuk mengambil kesempatan. Ada waris yang kurang arif dalam mengendalikan kewangan.
.
2. Rancang wasiat dan pemegang amanah yang boleh dipercayai.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ka‘ab bin ‘Iyad R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda :
إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ
Maksudnya :
“Sesungguhnya bagi setiap umat ada fitnahnya, dan sesungguhnya fitnah dikalangan umatku adalah harta….”
Buat keputusan yang baik dalam memilih golongan ini agar urusan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna. Diantara individu dan syarikat amanah, syarikat amanah bersifat kekal (perpentual) dan terikat kepada akta pemegang amanah 1949, maka mengurangkan risiko wang tidak ditakbir dgn baik atau dimanipulasi?
.
3. Rujuk khidmat nasihat dari perunding yang ahli dalam bidang pewarisan.
Berilmu dari sudut syariah, undang-undang pewarisan, pendaftar harta dan kewangan agar khidmat nasihat lebih tepat dan holistik.
.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: