fbpx

13 Perkara Penting Kena Tahu Tentang Kempen Pemilikan Rumah (KPR)

Pada Januari 2019 yang lalu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan Kempen Pemilikan Rumah (KPR) atau Home Ownership Campaign (HOC). 

Kempen ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu merancakkan lagi industri hartanah negara.

Antara perkara yang boleh dirumuskan melalui pelancaran Kempen Pemilikan Rumah 2019 ialah seperti berikut:

13 Perkara Penting Tentang KPR.

1. KPR 2019 adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

2. KPR 2019 ni sebenarnya bukanlah kali pertama diadakan. KPR pertama kalinya pernah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1998. Dan untuk kali kedua pada tahun 1999. Tempoh KPR pada ketika itu berlangsung selama 3 bulan.

3. Atas permintaan beberapa syarikat pemaju di dalam negara bagi mengatasi masalah ‘overhang’ (rumah tidak terjual), mereka telah memohon kepada kerajaan agar mengembalikan KPR setelah hampir 20 tahun tidak dilakukan.

4. Kerajaan akhirnya menerusi MOF dan KPKT telah bersetuju melancarkan KPR bagi edisi tahun 2019. Tempoh bagi KPR 2019 kali ini berlangsung selama 6 bulan dari 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019.

5. Sepanjang tempoh KPR 2019 ini, pihak pemaju akan memberikan diskaun untuk harga rumah bermula sebanyak 10% dan ke atas.

6. Manakala, pihak kerajaan pula menawarkan pengecualian ke atas duti setem bagi surat cara pembelian atau ‘sales & purchase letter’.

7. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga mengumumkan pengecualian kedua iaitu pengecualian ke atas duti setem bagi surat cara perjanjian pinjaman atau ‘loan agreement’. (Rujuk gambar di bawah)

8. Inisiatif kerajaan dengan melancarkan kembali KPR ini diambil adalah bagi membuat imbangan ke atas ‘overhang’ (unit-unit tidak terjual) oleh pihak pemaju, serta bagi menggalakkan dan membuka peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah menerusi insentif menarik serta pemotongan harga yang bakal ditawarkan.

9. Selain itu, KPR juga adalah tindakan lanjutan oleh kerajaan selepas memberikan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan binaan utama seperti batu-bata, simen dan pasir serta perkhidmatan pembinaan.

10. Data oleh Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) menunjukkan bilangan kediaman tidak terjual di negara ini meningkat kepada 30,115 unit bersamaan nilai RM22.5 bilion pada suku ketiga 2018. Ini adalah peningkatan sebanyak 48.35% berbanding 20,304 unit pada 2017. Unit-unit rumah tersebut akan diserap ke dalam kempen ini untuk dijual pada Ekspo KPR. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,384 unit adalah rumah berharga di bawah RM150k.

11. Ekspo KPR secara besar-besaran akan dianjurkan oleh REHDA pada tarikh-tarikh dan di lokasi-lokasi berikut:
→ Pulau Pinang (7-10 Februari 2019). 
→ Alor Setar (1-4 Mac 2019). 
→ Kota Kinabalu (1-3 Mac 2019).
→ Melaka (19-24 Mac 2019).
→ Sungai Petani (21-24 Mac 2019).
→ Kota Bharu (28-30 Mac 2019).
→ Kuantan (12-14 April 2019).

12. Ekspo KPR ini melibatkan lebih 180 syarikat pemaju terkemuka dari seluruh negara dan juga beberapa agensi kerajaan dan juga GLC seperti UDA Holdings Bhd, PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

13. Selain tawaran insentif di atas, pihak pemaju juga akan menawarkan barangan atau khidmat percuma kepada pembeli pada Ekspo KPR ini seperti kabinet dapur, kabinet pakaian, perabot, perkakasan elektrik dan caj guaman.

NAK TAHU INFO DAN BERITA SEMASA TENTANG HARTANAH? DAFTAR DI SINI!

Sumber rujukan, info dan sumber gambar:
1. The Star Online.
2. Edge Prop.
3. Bernama.
4. Sinar Harian.
5. Berita Harian.
6. New Straits Times.
7. Malaysia Kini.
8. The Sun Daily.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp