16 Perkara Ini Boleh Bantu Rancang Cukai Individu Anda!

Kepada mereka yang menggunakan entiti bisnes pemilikan tunggal dan perkongsian (selain Sdn Bhd Dan Berhad), anda hendaklah mengetahui perbelanjaan yang tidak dibenarkan dari segi kiraan cukai.

Ini bermakna, senarai perbelanjaan di bawah merupakan perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan bagi mengurangkan keuntungan perniagaan anda. Bila keuntungan tinggi, maka cukai pun akan tinggi.

Untuk anda mudah faham, secara kasar kiraan cukai adalah:-

(Untung bersih) + (PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN) – (Elaun modal)
= Pendapatan berkanun perniagaan.

 

Senarai di bawah merupakan antara perbelanjaan yang akan ditambah semula dengan keuntungan bersih syarikat dalam kiraan cukai.

16 SENARAI PERBELANJAAN YANG TIDAK DIBENARKAN DALAM KIRAAN CUKAI.

1) Susut nilai.
➡️ Nilai susut daripada aset tetap yang dibeli. Nilai susut ini ditentukan melalui jumlah jangka hayat nilai tersebut dapat digunakan.
➡️ Contoh: Kenderaan. Jangka hayat kenderaan 5 tahun, maka setiap tahun nilai susut 20% daripada jumlah kos kenderaan tersebut.

2) Gaji, elaun, bonus, KWSP sendiri.
➡️ Kepada pemilik perniagaan (selain sdn bhd dan berhad).

3) Keraian.
➡️
 Untuk bakal klien (prospek).
➡️ Selain untuk keraian staff dan klien.

4) Hadiah.
➡️ Selain hadiah untuk staff, agen dan yang berkaitan untuk hasilkan bisnes
➡️ belanja ini tidak dibenarkan untuk bakal klien

5) Derma.
➡️ Derma pada institusi yang tidak dibenarkan oleh LHDN.
➡️ Untuk lebih mudah ketahui, pada resit atau surat ada tertulis bayaran tersebut boleh ditolakkan untuk cukai.

6) Penalti / denda / kompaun.

7)Ambilan stok.
➡️ Ambil stok bukan tujuan jualan.
➡️ Ambil stok untuk kegunaan diri.

8) Ambilan tunai.
➡️ Ambil tunai bukan tujuan perbelanjaan perniagaan.
➡️ Ambil tunai untuk kegunaan diri.

9) Peruntukan hutang lapuk.
➡️ Pelupusan hutang yang tidak dapat dikutip dari penghutang (debtors).
➡️ Untuk dapat pelepasan, dapatkan tindakan undang-undang pada penghutang atau mempunyai tindakan yang sewajarnya pada penghutang.

10) Perbelanjaan permulaan/penutupan.
➡️ Permulaan : segala perbelanjaan permulaan untuk mulakan bisnes, seperti dapatkan lesen untuk mulakan perniagaan.
➡️ Penutupan : segala perbelenjaan untuk menutup perniagaan, seperti upah untuk menutup perniagaan.

11) Perbelanjaan modal.
➡️ Segala perbelanjaan yang melibatkan renovasi pejabat.

12) Yuran guaman.
➡️ Hanya dikecualikan yuran untuk perbaharui pinjaman dan kutipan hutang.

13) Perbelanjaan faedah.
➡️ Faedah atas pinjaman yang tidak menghasilkan jualan.
➡️ Contoh: pinjaman untuk beli rumah pemilik.

14) Sekatan KWSP.
➡️ Sekatan akan dikenakan kepada jumlah yang lebih dari 19% dari jumlah perbelanjaan yang boleh dikenakan KWSP.
➡️ Contoh :
📍 Jumlah bayaran KWSP = RM22,000.
📍 Jumlah keseluruhan gaji setahun = RM100,000.
📍 Jumlah sekatan KWSP (19% @ RM100,000) = RM19,000.
📍 Jumlah tidak dibenarkan = RM22,000 – RM19,000 = RM3000.

15) Hapus kira aset.
➡️ Hapuskira aset tetap.
➡️ Dalam kiraan cukai, akan dikira semula kenaan/elaun imbangan.

16) Perbelanjaan persendirian:
➡️ Perjalanan/penginapan.
➡️ Kegunaan kenderaan.
➡️ Manfaat kediaman.
➡️ Telefon.
➡️ Yuran (tiada kaitan dengan perniagaan).
➡️ Seminar (tiada kaitan dengan perniagaan).
➡️ Perubatan.

Tujuan untuk anda ketahui perbelanjaan tidak dibenarkan ialah mengelak anda berbelanja secara terlebih pada perbelanjaan tersebut supaya anda dapat merancang cukai individu anda.

Korang nak dapat info yg best-best lagi selepas ini, pastikan anda daftar percuma web Pejuang Hartanah.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: