Saya selalu berpesan kepada perunding pewarisan bahawa mereka tidak boleh berputus asa dalam menyebarkan kepentingan merancang pewarisan harta.
Apa yang kita buat adalah satu perjuangan dan fardhu kifayah. Kenapa perjuangan? Kerana pemilik harta tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Maknanya, mereka tidak tahu pun akan ada masalah jika mereka tidak merancang pewarisan. Yang tahu ada masalah, adalah waris mereka yang ditinggalkan dengan masalah.
3 Golongan RUGI
1. Orang Islam Rugi.
Nilai harta pusaka orang Islam yang terbeku terus meningkat setiap tahun. Jumlah terkini harta beku adalah RM70Billion.
Bayangkan jika 70Billion ini dizakatkan (2.5%), 1.75Billion boleh diagihkan kepada asnaf terutama fakir dan miskin. Jumlah zakat ini lebih banyak dari kutipan zakat Selangor dan K.L digabungkan (setahun). Bayangkan impak 1.75 Billion zakat kepada asnaf. Bayangkan…
2. Waris Rugi
Membina kekayaan mengambil masa sepanjang sepanjang hayat. Kajian Credit Swiss keatas negara OECD (negara yg kaya), Setiap 8 dari 10 orang kaya adalah disebabkan harta pusaka yang diwarisi dari generasi sebelum.
Tidak diMalaysia, waris kena bina kekayaan dari kosong. Kenapa? sebab generasi sebelum tidak peduli. Bayangkan jika perniagaan waris dapat modal suntikan, bayangkan pembelian hartanah oleh waris dapat suntikan deposit, bayangkan pelaburan waris dapat modal awal. Bayangkan…
3. Pemilik Rugi
Harta tidak dapat menjadi saham akhirat mereka. Tidak dapat disalurkan untuk sedeqah, waqaf dan kebajikan. Hutang yang tidak terbayar menjadi penghalang mereka ketempat mulia. Harta pusaka yang tidak terurus boleh memecah-belahkan keluarga. Waris boleh termakan harta yang bathil disebabkan kecelaruan arahan dan pendapat. Kos pengurusan yang tinggi boleh mengurangkan jumlah yang boleh diwarisi. Bayangkan…