3 Perkara Utama Mengenai Joint Loan Yang Korang Kena Fahami!

Bagi kesinambungan lebih lanjut tentang joint loan daripada kisah pasangan suami isteri dalam artikel yang lepas (KLIK sini untuk artikel itu), kami mendapatkan penjelasan dari Bella Leana, yang merupakan salah seorang Mentor Pejuang Hartanah.

Melalui pengalaman beliau di dalam bidang perbankan dan financing secara khususnya, inilah penjelasan beliau tentang isu joint loan.

3 PERKARA UTAMA PERLU TAHU TENTANG JOINT LOAN:

Jika salah seorang joint borrower meninggal dunia, apa yang akan terjadi kepada loan tersebut?

Apa yang perlu dibuat oleh another join borrower?

Tiga perkara utama tentang joint loan perlu difahami:

#1 SEMAK SEMULA.

1. Third Party or First Party?
→ Kena check balik condition korang. Sama ada SPA itu 1 nama atau 2 nama. Bukan apa, nak bantu memudahkan langkah seterusnya.

2. Baki pinjaman dan tunggakan (jika ada).
→ Better semak segala yang berkaitan dengan loan tu. Tambahan pula kalau yang “pergi” tu yang buat bayaran A to Z. So, yang “tinggal” nak tak nak kena ambil tahu.

3. Takaful/MRTT.
→ Semak dengan bank tentang coverage untuk Takaful/insurans.
Coverage berapa banyak?
Berapa banyak yang tinggal?
Kena topup atau tidak?

Okay. Perkara kedua ini yang selalu orang salah faham.
(Baca point nombor dua ni betul-betul sebab banyak isu joint loan timbul dari sini).

#2 FAHAMI TERMA & SYARAT.

★ Ada joint borrower yang ambil coverage 50-50. Bermaksud setiap daripada borrower ambil 50% setiap orang.
Jika salah seorang meninggal dunia, maka Takaful akan menyelesaikan separuh daripada baki pinjaman tersebut dan separuh lagi perlu dibayar oleh borrower yang “hidup”.

★ Ada juga joint borrower hanya ambil coverage untuk single borrower je dan coverage 100%.
Jika ini yang terjadi, kena check which borrower yang ada coverage. Kalau coverage tadi untuk si mati, maka yang “hidup” mungkin tak perlu bayar pinjaman tersebut sebab Takaful akan menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Tapi kalau coverage 100% tersebut di atas nama yang hidup, maka Takaful tidak akan menyelesaikan pinjaman tersebut!

So, sangat penting bagi setiap borrower untuk ambil tahu berapa coverage bagi setiap pinjaman yang korang ambil!

KLIK SINI UNTUK KETAHUI PERLINDUNGAN ANDA

Korang yang dah baca sampai sini tu dah tahu atau langsung tak ambil tahu??
Kalau dah tahu, tahniah!

Mungkin boleh update pada waris yang terdekat.
Pada korang yang masih belum ambil tahu tu, pergi je walk in ke bank untuk dapatkan maklumat penuh.
Kumpulkan balik setiap dokumentasi pinjaman korang tu okay?

Next.

Kalau terjadi macam ni pada joint borrower, apa yang perlu dilakukan?

Okay, dah check kan 3 step semak semual kat atas tu?
Kalau dah, so dah tahu lah tentang coverage Takaful tu kan?

#3 PROSEDUR & PROSES.

So, sekarang dah boleh claim kat bank dah. Apa yang perlu di bawa?
1. NRIC (yang claim).
2. Copy of NRIC (si mati).
3. Surat pengebumian.
4. Death Certificate.
5. Marriage Certificate (jika pasangan peminjam ialah suami isteri).
6. Dan dokumen lain yang related.

Bank akan bagi borang:
1) Untuk diisi oleh yang menuntut (dalam kes ni – joint borrower lah)
2) Untuk diisi oleh doktor.

Bagi kes borrower meninggal dunia disebabkan accident, maka dokumen tambahan ialah police report.
Jika post-mortem dilakukan, report post-mortem juga perlu dilampirkan.

Berapa lama prosesnya?
→ Selepas 14 hari hantar complete document, dah boleh follow up current status.
Tetapi pembayaran akan mengambil masa 30 – 90 hari.
Lambat? Ya, agak lama sebab ada procedures yang perlu dilakukan oleh insurance provider.

Sementara tunggu claim ni, borrower masih lagi perlu menjelaskan bayaran bulanan seperti biasa.

Apa akan terjadi kepada baki loan?
Untuk kes 50-50, yang hidup perlu bayar juga baki menyelesaikan pinjaman tersebut.

Ada beberapa method:
1. Bayaran bulanan tetap sama tetapi baki loan akan berubah (sebab dah diselesaikan bahagian si mati) dan tempoh pinjaman akan jadi lebih singkat (pinjaman akan habis lebih awal).
2. Bayaran bulanan akan jadi 50% daripada jumlah sebenar (bahagian yang hidup sahaja) dan tempoh pinjaman tetap sama.
3. Bayaran bulanan akan jadi lebih rendah tetapi bukan separuh daripada bayaran bulanan. Tempoh (baki tahun) bayaran akan berkurang (singkat).

Dinasihatkan, jika situasi ini terjadi, joint borrower yang tinggal harus berbincang dengan pegawai bank bagi memastikan bayaran bulanan baki pinjaman tersebut tidak mempunyai masalah.

Untuk kes 100% (Takaful TIDAK cover si mati)
→ Perlu bayar macam biasa.

Untuk kes 100% (Takaful cover si mati).
→ Selepas tahu berapa coverage, yang hidup tadi boleh tunggu process claim.
Jika ada baki pinjaman, selepas Takaful menyelesaikan tuntutan, maka, perlu diselesaikan oleh borrower tadi.
Jika ada lebihan, lebihan akan dikreditkan ke akaun borrower (yang hidup).

Kenapa ada baki pinjaman sedangkan Takaful cover 100%?
→ Mungkin sepanjang tempoh pinjaman, ada beberapa kali tunggakan atau kadar faedah (rate) so ada kenaikan.
Ini semua bergantung pada situasi.

Yang hidup boleh mendapatkan “pandangan dan nasihat” daripada pegawai bank tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berdepan dengan masalah di masa hadapan.

Apa akan jadi dengan rumah tersebut (jika SPA 2 nama), bila boleh dituntut dan tukar kepada 1 nama sahaja?
→ Process ini boleh dilakukan setelah baki pinjaman dilangsaikan sepenuhnya (Fully Settled). Better dapatkan nasihat daripada peguam untuk urusan sebegini.

Boleh ke aset tersebut dijual sedangkan SPA 2 nama dan 1 nama lagi telah meninggal dunia? (Refer kes yang sama).
→ Boleh. Tetapi urusan agak leceh dan panjang. Perlu dapatkan surat kuasa terlebih dahulu. Bukan mudah jika nak menjual aset yang dimiliki oleh penama yang telah meninggal dunia. Dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada peguam terlebih dahulu. Mereka lebih arif tentang aspek undang-undang.

Ok. Status Bella memang selalu panjang-panjang.

Harap korang bertabah membaca sampai habis. Bella berharap juga status ni boleh membantu jika korang berdepan dengan situasi macam ni.

Jika ada pendapat lain, bolehlah berkongsi di ruangan komen. Atleast kita boleh belajar sama-sama.
Tak rugi pun beri manfaat kepada orang lain, kan?

Like, comment & share jika bermanfaat.
Semoga kita semua dapat bantu orang lain yang mungkin menghadapi situasi begini!

Love,
Bella Leana.

KLIK SINI UNTUK NASIHAT LEBIH LANJUT BERHUBUNG ISU INI

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: